'Bagus didik anak lelaki serba boleh, simple tapi bermakna.' Gelagat anak Zahirah MacWilson buat kerja rumah dipuji!

Iklan

GELAGAT Isaac Raees, anak sulung kepada pelakon Zahirah MacWilson sedang menyidai pakaian adiknya mengundang tumpuan ramai.

Manakan tidaknya, dalam usianya yang masih kecil, namun tidak kekok melakukan kerja tersebut dan rajin membantu ibunya yang kini masih lagi berpantang.

Iklan
Iklan

Malah, pakaian yang disidai itu nampak tersusun cantik dan kemas.

Perkongsian tersebut dimuat naik dalam satu hantaran di media sosial milik isteri kesayangan Aiman Ridza Hakim.

Iklan

Selain itu, Isaac juga turut membantu menyusun barang-barang dan menjaga adik perempuannya, Inara Raisa. Bahkan, dalam hantaran lain boleh dilihat betapa si abang yang cukup menyayangi adiknya.

Video yang dimuat naik menerusi Instagram itu meraih pujian rakan artis dan warga maya.

Iklan

Bahkan, ada yang kagum dengan cara pasangan suami isteri itu mendidik anak lelaki mereka kerana sedari awal sudah mendedahkan Isaac dengan kerja-kerja rumah.

'Bagusnya didik anak lelaki serba boleh macam ni. Untung parents, siblings dan future wife.'

'I’m sure that Aiman is very helpfull with house chores so Isaac will follow him.. good boy Isaac.'

'Awww.....I'm so in love with this boy. Satu contoh didikan yg sempurna..'

'Kecik2 dah ajar ank utk ringan tulang bantu buat kerja rumah..nampak simple tapi sungguh bermakna..love.'

'Good boy laa.. Lurve sgt tgk Isaac nih.. anak soleh.. semoga jadi abg yg bertanggungjawab, jadi abg yg always protect adik, sayang ur adik. Its not easy nk jadi anak sulong. Tapi isaac can do it.'

Sumber:Instagram Zahirah MacWilson