PELAKON dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi berita duka tentang ayahnya yang kini dimasukkan ke hospital akibat strok.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi kondisi bapanya itu.
"Assalamualaikum semua.."Terima kasih semua yang mendoakan, melawat papa. Papa baru saja kena stroke, dan sekarang di rawat di hospital. Buat masa sekarang, beliau tidak boleh bercakap, dan makan.
"Mohon semua teruskan berdoa buat kesembuhan beliau.. Amin. Terima kasih banyak," tulisnya.
Pada masa sama, Aya turut meminta mereka yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan merawat pesakit strok supaya menghubunginya.
"Kalau ada suggestion untuk merawat sakit stroke ni mohon comment atau dm saya.
"Saya baru sedar yang saya tak punya banyak gambar dengan papa. Harap korang tak jadi macam saya.. take more photo, sebagai kenangan.. Love You Pa," ungkap isteri kesayangan Nabil Mahir itu lagi.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Warganet dan rakan artis menitipkan doa dan mengharapkan semoga pelantun lagu Pencuri Hati itu tabah menghadapi ujian tersebut. Bahkan, ada yang turut berkongsi tip dan pengalaman menjaga pesakit strok.
'Insyaallah mama doakan. Stay strong adik @aydajebat.'
'semuga dipermudahkan segalanya ..syafakallah @aydajebat ..be strong sis .'
'Allah subhanallah... ok i just share je ye... sy ada pengalaman stroke... but baru kena i terus bertindak... urut, acupuncture, semua i buat... urut mula2 i habis duit hari2... lepas tu semimggu 3 kali...alhamdulillah now better cuma jaga makan dan pergerakan la...apa jua jalan ikhtiar yg org sarankan...i cuba....'
'Stroke ada byk peringkat, selalu berkait dengan 'Darah Tinggi' dan amalan hidup harian termasuk pemakanan dan sebagainya. Semoga Papa kuat dan segera sembuh. Selalu bagi dia dorongan dan kekuatan. InsyaAllah dipermudahkan.'
Sumber: Instagram Ayda Jebat