Suka makan simen, batu-bata dan pasir. Ini 3 kes selera pelik sampai ketagih nak ratah objek bukan makanan

Iklan

KETAGIH benda yang pelik dan tak masuk akal! Itulah kisah seorang wanita di London yang dikatakan memiliki selera luar biasa sampaikan sanggup makan simen, pasir dan batu-bata.

Lapor She The People, Patrice Benjamin Ramgoolam mempunyai citarasa yang aneh apabila suka makan plaster dinding rumah sejak dari zaman sekolah lagi.

Iklan
Iklan

Meskipun sudah berumah tangga, namun tabiat ganjil tersebut masih disembunyikan daripada pasangannya.

Nak dijadikan cerita, wanita berusia 39 tahun itu kantoi selepas makan serpihan simen pada dinding rumah dan hal tersebut mengejutkan suaminya.

Iklan

Walaupun diminta untuk berhenti, namun Patrice memberitahu, dirinya tidak boleh menghentikan ketagihan tersebut.

Iklan

Lebih mengejutkan, beliau berkata, memakan batu bata, simen dan plaster membuatkannya gembira walaupun tahu impak perbuatannya boleh menjejaskan kesihatan.

Bila ketagihan Patrice datang, wanita itu akan merenung dinding rumah sebelum memecahkan plaster untuk merasa isi dalam dinding tersebut. Aduhai, seramlah.

Kes tersebut juga sudah dirujuk kepada pihak doktor dan diberi ubat, namun hobi yang cenderung makan objek bukan makanan itu masih lagi tak berubah.

Makan penutup botol & syiling

Lagi kes yang tak masuk akal dilaporkan berlaku di Seoul, Korea Selatan pada tahun 2019.

Pakar perubatan di sebuah hospital terkejut apabila menemukan batu, penutup botol dan syiling seberat 2 kilogram (kg) di dalam perut seorang lelaki.

Pesakit berusia 54 tahun yang dikatakan lembam itu pada awalnya mengadu sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Selepas diperiksa, lelaki terbabit mengaku suka menelan objek bila rasa gelisah. Barangkali disebabkan itu, hasil pemeriksaan menemukan benda pelik dalam perutnya.

Cubaan untuk mengeluarkan kesemua objek melalui prosedur gastroskopi tak berjaya dan satu pembedahan kecemasan terpaksa dijalankan.

Makan lumpur

Nak lagi pelik? Satu kes didedahkan di New Delhi apabila seorang lelaki di India itu ketagih makan batu-bata dan lumpur pada tahun 2017.

Pakkirappa Hunagundi dikatakan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan ketagihan terhadap objek bukan makanan.

Lelaki itu sudah ketagih makan batu-bata dan lumpur sejak berusia 10 tahun lagi dan itulah menjadi makanan wajib setiap hari.

"Tiada benda lain yang saya makan kecuali batu-bata dan lumpur setiap hari. Saya tak boleh berhenti,” katanya.

Lebih memilih lumpur berbanding ayam goreng. Memang rare betul selera pakcik itu bila sanggup makan 3kg lumpur dalam tempoh sehari.

Hasil pemeriksaan doktor, Hunagundi sebenarnya menghidap sindrom Pica yang mana seseorang itu gemar makan benda yang tak berkhasiat yang bukan makanan.

Lazimnya, mereka gemar makan sabun, rambut sendiri atau batu sebagai makanan harian tanpa memikirkan kesan.

Peliknya, mereka yang berdepan keadaan tersebut tidak jatuh sakit atau mengalami impak disebabkan selera tak masuk akal tersebut.

Mungkin ada satu dua kes yang mana batu yang tak boleh hadam menyebabkan perut sakit. Pelik jer kan?