'Belajar mengaji waktu PKP, ajar mak ayah solat.' Rizman Nordin kongsi hikmah solat tahajud bikin ramai sebak!

Iklan

PERKONGSIAN pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin baru-baru ini menerusi podcast ‘Apa Cerita?’ oleh Asyraf Khalid meraih perhatian ramai.

Segmen temu bual tersebut mengundang tumpuan. bilamana beliau pereka fesyen itu memberitahu rahsia beliau berjaya dan rezeki yang melimpah-ruah.

Iklan
Iklan

Kata Rizman, setiap pagi dia akan bagi seawal jam 5.30 pagi dan akan mendirikan solat sunat taubat, solat sunat tahajud dan mengaji satu muka surat Al-Quran.

Iklan

Baginya, solat tahajud sangat memberi kesan kepada dirinya dan ia diibaratkan sebagai ‘panah yang kena pada sasaran’.

"Solat tahajud sudah tercatat dalam al-Quran, ia umpama panah yang tepat pada sasaran dan semua malaikat aminkan doa. Saya juga mengaji satu muka surat.

Iklan

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan bahawa dia mula belajar membaca al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19.

"Sejujurnya, saya tak pandai mengaji, because my base family is not religious. Malah, mak dan ayah solat pun saya yang ajar sebenarnya. Semuanya bermula selepas PKP. Saya belajar guna zoom dengan seorang ustaz.

"Saya ambil effort untuk belajar sehari sejam untuk satu muka surat, tapi lama-lama jadi 15 minit makin laju sebab sudah mahir. Tak susah sebenarnya janji anda buat setiap hari," katanya.

Kongsi Rizman lagi, apa sahaja yang ingin dicapai kena berbalik kepadaNYA.

"Apa sahaja yang ingin kita capai tiada clarity, tapi ada satu benda yang sangat berharga iaitu hope and faith.

"Bila anda tahu yang anda berdoa pada DIA yang satu-satunya akan berikan apa yang anda ingini, maka anda akan ada harapan tersebut.

"Itu yang membuatkan kepercayaan bahawa saya akan sampai ke destinasi, akan dapatkan Naomi Campbell, akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini.

"Kita ni manusia, sudah semestinya akan ada cabaran..ada buat jahat tapi kita kena kembali kepada asasnya," jelasnya lagi.

Pengharapan yang penuh terhadap YANG MAHA ESA membuatkan suami kesayangan Nurida Suraya itu dapat mencapai semua impiannya.

"Bertahun-tahun amalkannya, walaupun ada cabaran, sensasi, tapi saya lalui sahaja," ungkap Rizman lagi.

Kehidupan mewah

Perkongsian Rizman tersebut turut menjentik hati bilamana memberitahu bagaimana perasaan apabila dihantar ke sekolah menaiki motor sedangkan kanak-kanak lain dihantar menggunakan kereta mewah.

"Ada kawan yang dihantar oleh datuknya menaiki kereta mewah, saya pula naik motor oleh ibu dan balik dengan bas sekolah. Saya berangan dan membayangkan diri sebagai anak orang kaya sepertimana kawan saya.

"Walaupun dalam diri tahu itu saya penipuan dan rasa teruk sangat, teringin sangat kehidupan mewah begitu. Disebabkan itu, saya berusaha keras untuk berikan pada anak-anak saya sekarang."ulas beliau lagi.

Sumber: TikTok Asyraf Khalid