'Kalau ikutkan hati you, dah lama I duda.' Nabil Titip ucapan sweet sempena birthday, foto Zira Ayub undang tawa warganet

Iklan

SIAPA tak sayang isteri kan? Meraikan hari ulang tahun kelahiran ke-36 isteri, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad berkongsi ucapan manis.

Menerusi Instagram miliknya, pelawak berusia 40 tahun itu mengenang jasa dan pengorbanan suri hati tercinta, Nazirah Ayub.

Iklan
Iklan

Tidak hanya itu, foto 'random' yang comel mereka berdua mengundang tawa warganet.

"Sanah helwah isteriku @zira.ayub! Terima kasih menerimaku sebagai suami. Kalau ikutkan hati you, sudah lama I jadi duda tapi Alhamdulillah ALLAH letak kesabaran dalam hati!

Iklan

"I dan anak-anak sangat bersyukur kita masih bersama berlima. Insya-ALLAH kalau you sabar sedikit lagi sampai kita tua ya," kongsi Nabil.

Iklan

Tidak sekadar itu, penyampai radio Era.fm itu mendoakan agar isterinya itu diberikan kesihatan dan kekuatan berpanjangan.

"Semoga ALLAH berikan kesihatan berpanjangan supaya you ada kekuatan untuk menjaga mak abah dan boleh terus jadi adik kesayangan abang serta kakak.

"Moga ALLAH terima semua amalan sebagai bekalan akhirat!" titipnya.

Warganet turut berkongsi ucapan hari lahir dan mendoakan agar pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat.

-"Ucapan bersemut apa ni? Happy birthday Zira, moga berbahagia till jannah."

-"Alahai sweetnya. Luahan seorang suami."

-"Hahaha. muka macam tak rela jer. Happy birthday Zira."

-"Luculah korang ni. Walaupun kemek muka, Zira tetap lawa."

Nabil dan Zira yang merupakan bekas pramugari AirAsia diijab kabul pada 30 September 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, 12, Leyla Medyna, 9, dan Mishall Imani, 5.

Baca juga: Throwback video tunai umrah dengan arwah Siti Sarah, Shuib undang rasa sebak warga maya

Baca juga: 'Semua yang berlaku ada hikmahnya.' Luang masa dengan bapa, kemesraan anak-anak Irma Hasmie dengan ibu tiri menyejukkan hati

Baca juga: Isteri badut tepis kata-kata makcik bawang, syukur rezeki tak pernah putus. 'Belum pernah lagi minta beras rumah orang'

Baca juga: AZ sertai tabligh, aksi tuang air sambil nyanyi tarik perhatian