Umpama bulan madu kedua, Ella kongsi pengalaman haji. 'Panasnya matahari sewaktu wukuf di Arafah, jenazah bersusun di pinggir jalan'

Iklan

Iklan
Iklan

MUSIM haji tahun ini menyaksikan selebriti tanah air, rock Ella Aminuddin sudah selamat bergelar hajah. Figura 56 tahun itu sempat berkongsi pengalamannya di Tanah Suci.

Menjawab pertanyaan daripada warga maya, isteri kesayangan Azhar Husaini Ghazali itu menzahirkan pengajaran yang diperolehi daripada rukun Islam kelima itu.

Iklan

Ujar Ella, beliau mengakui setiap jemaah ada ujian tersendiri.

"Pengajaran yang saya diperolehi setakat ini sejak mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci ialah pengorbanan dalam menempuhi ujian dalam menghayati haji.

Iklan

"Setiap tetamu ALLAH yang datang diuji dengan cara masing-masing yang berbeza.

"Kita seharusnya datang mengerjakan rukun Islam dengan cara apapun sebagaimana kita mampu," titipnya di IG Story.

Tidak hanya itu, bintang rock itu berkongsi perasaannya ketika berwukuf di Arafah pada pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum Subuh pada 10 Zulhijah.

Ujar Ella, ia adalah momen yang sangat bermakna.

"Ella rasa berdebar dan teruja. Penuh dengan harapan dan doa dari Asar hingga ke Maghrib. Ella tidak berganjak dan duduk di tempat yang khusus. Moga ALLAH kurnia keampunan dan terima doa untuk diperkenannNYA.

"Suasana di salah satu kawasan umum di Arafah, kelihatan ramai yang menangis dalam doa, tekun dalam meminta kepada-NYA.

Bekas vokalis Ella and The Boys itu juga sempat berkongsi cabaran dan pengalaman yang ditempuhi sepanjang di sana.

Daripada 10 yang disenaraikan, Ella mengakui menunaikan haji umpama berbulan madu kedua, Malah di sana beliau berdikari sendiri tanpa ditemani pasukan seperti kebiasaan.

Ia juga kesempatan untuk bersosial bersama ramai jemaah menjalani rutin ibadah seperti yang lain.

"Melihat kepelbagaian bangsa dan ragam manusia, berasa dekat dengan-NYA, rindu yang berat semua.

"Panasnya matahari sewaktu wukuf di Arafah dan melihat jenazah bersusunan di pinggir jalan," katanya.

Dalam pada itu, Ella turut berkongsi bermalam di Mina salah satu rukun haji iaitu melontar di jamrah.

"Salah satu aktiviti wajib haji ialah bermalam di Mina dan melontar di jamrah. Ramainya manusia dalam bergilir-gilir melakukan tanggungjawab masing-masing.

Ella yang tidak mendedahkan bertolak ke Tanah Suci hanya berkongsi sekeping gambar menunaikan haji pada 16 Jun lalu.

Selain Ella, seorang lagi legenda rock, Amy Search dan isterinya, Nor Hasniza Hassan, turut bergelar duyufurahman.

Untuk rekod, Ella mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2012. Beliau memiliki seorang anak angkat bernama Shanome Az Zahra dan secara terbuka berkongsi mengenai puteri kesayangnnya itu pada tahun 2019.

Baca juga: 'Syukur impian mama & El dimakbulkan...' 2 kali dapat jemputan, Elfira Loy akui rezeki tunai haji tahun ini

Baca juga: Legenda rock Amy Search, Ella Aminuddin selamat bergelar haji dan hajah

Baca juga: 'Aku tinggalkan suami, anak, ibu dan seluruh keluarga kepada-MU.' Alyah bertolak tunai haji, akui berat hati tinggalkan Nur Izzara