Dulu bintang bola sepak dunia, kini David Beckham sibuk berkebun, tanam bawang dan ternak ayam

Iklan

LEGENDA bola sepak David Beckham meraih perhatian peminat bola sepak apabila berkongsi aktiviti berkebun menerusi akaun media sosial miliknya.

Pemain itu dilihat begitu teruja dan berterima kasih kepada peminat yang memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk dirinya bersantai dengan caranya tersendiri.

Iklan
Iklan

Beckham yang berusia 49 tahun itu juga dilihat teruja menanam sayur-sayuran dengan hampir setiap aktivitinya dirakam bagi tontotan pengikutnya.

Suami Victoria itu malah berbangga dan tersenyum apabila aktiviti berkebun yang telah lama diusahakan itu membuahkan hasil.

Iklan

Beliau sempat meninggalkan titipan buat isteri tercinta dengan menjamin rumahnya tidak akan kekurangan bekalan bawang.

"Nampaknya Victoria Beckham akan mempunyai bekalan bawang yang cukup untuk makan tengahari dan malam beberapa minggu ini."

Iklan

Manakala, peminat kepada ikon bola sepak itu berseloroh untuk menjadi seperti ayam ternakannya kerana bertuah telah dipelihara oleh bintang bola sepak dunia.