Dibaham jerung ketika meluncur, Tamayo Perry meninggal dunia pada usia 49 tahun

Iklan

PELAKON Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry disahkan meninggal dunia selepas diserang seekor jerung semasa meluncur ombak di Pantai Malaekahana, Hawaii semalam.

Dalam satu sidang media, Perkhidmatan Kecemasan Honolulu mengesahkan aktor berusia 49 tahun itu menghembuskan nafas terakhir tengah hari semalam.

Iklan
Iklan

Menurut kejadian, Perry yang juga seorang penyelamat pantai, diisytiharkan meninggal dunia selepas dibawa ke daratan dengan menggunakan jet ski.

Lelaki kelahiran Oahu Timur itu, dilaporkan pernah terlibat dengan insiden yang hampir meragut nyawanya ketika meluncur disebabkan kekurangan kesedaran orang lain.

Iklan

Mendiang pernah membawa watak salah seorang lanun dalam filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, yang keempat dalam francais berkenaan.

Filem keluaran 2011 itu yang dilakonkan Johnny Depp sebagai lanun eksentrik, Kapten Jack Sparrow, turut dibintangi oleh Penelope Cruz dan Geoffrey Rush.

Iklan

Perry juga pernah berlakon dalam filem Lost, Hawaii Five-0, Blue Crush dan sekuel Charlie’s Angels, Full Throttle.

Baca juga: Dulu bintang bola sepak dunia, kini David Beckham sibuk berkebun, tanam bawang dan ternak ayam