Azharina Azhar hidap kanser, terus positif untuk bangkit. Terpaksa tangguh pembedahan kerana kerja

Iklan

PENYANYI Azharina Azhar mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser.

Iklan
Iklan

Masih menunggu keputusan jenis kanser yang dialami, penyanyi itu menjelaskan terpaksa menangguhkan dua pembedahan besar susulan terikat dengan komitmen kerja.

Pelantun Elegi Sepi itu sempat berkongsi proses mendapatkan diagnosis dan status kesihatannya yang terkini.

Iklan

"Setakat ini, saya belum boleh kongsi lagi jenis kanser yang dihidapi. Saya sudah menjalani beberapa ujian dan keputusan dijangka keluar dua minggu lagi.

"Saya juga sepatutnya menjalani pembedahan minggu depan, tetapi disebabkan komitmen kerja dan proses pemulihan mengambil masa lama, jadi saya buat keputusan untuk tangguhkan dulu,” katanya.

Iklan

Bintang bersuara gemersik itu berkata kedua-dua pembedahan yang bakal dilakukan adalah mengikut nasihat daripada doktor.

"Saya dinasihatkan membuat pembedahan bariatrik kerana saya ada masalah kencing manis sejak dua tahun lalu dan saya pula suka makan,” jelasnya.

Baca juga: Awas jika bahagian leher, bawah ketiak atau pangkal paha bengkak. Itu antara petanda awal kanser limfoma

Baca juga: Berisiko dapat kanser payudara & prostat kalau tidur lampu terbuka. Ini impak buruk lain

Penyanyi berusia 39 tahun itu mengakui masalah kesihatan yang dialami telah mengganggu aktiviti harian dan emosinya tetapi beliau memilih untuk berfikiran positif.

Akuinya, sebagai manusia biasa, dirinya juga melalui saat sukar tetapi akan kembali bangkit selepas melepaskan perasaan.

"Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya, saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

"Tetapi saya selalu ingatkan diri perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup perlu diteruskan.

"Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.

Terdahulu, Azharina mendedahkan disyaki menghidap barah menerusi sebuah audio siar bersama Elly Mazlein baru-baru ini.

Katanya, penyakit itu juga memberi kesan pada staminanya serta menyebabkan dia mudah kepenatan selain mendatangkan kemurungan.