'Ayah datang dalam mimpi tau'. Luah kerinduan, anak Nassier Wahab throwback momen bersama, warganet titip doa

Iklan

ANAK penyanyi, Allahyarham Datuk Nassier Wahab iaitu Intan Najijah meluahkan rasa rindu terhadap sosok ayahnya.

Menerusi video yang dimuat naik, Intan menghimpunkan gambar-gambar dan video kenangan bersama arwah ketika dirinya masih kecil.

Iklan
Iklan

"Ayah datang dalam mimpi tau, rindu.

Anak tunggal kepada penyanyi lagu 'Memori Cinta Luka'itu turut berkongsi momen bapanya ketika berada di tanah suci. Lebih menyentuh hati, Intan turut memuat naik pesanan arwah menerusi Whatsapp yang disimpan sehingga kini.

Iklan

"Bye, ayah nak solat dulu okay, nanti jumpa lagi.

Iklan

"Selamat malam anak ayah yang dirindui selalu..semoga dirimu sentiasa di dalam jagaan ALLAH. Ayah teramat sayang pada mu,"titip bapanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa kehilangan dan mendoakan arwah tenang di sana.

Selain itu, ada juga yang turut memuji ketampanan dan penampilan arwah suatu ketika dahulu yang tidak dimamah usia.

Untuk rekod, Allahyarham Nassier Wahab, telah meninggal dunia pada 5 Disember 2019 akibat kanser gusi.

Baca juga: Tidak menangis ketika kematian Suhaimi Saad, Ina Naim pernah dikecam. 'Kenapa perlu sedih, suami meninggal dalam kebaikan'

Baca juga: 27 tahun terpisah kini berlainan agama, pertemuan semula gadis & ibu kandung runtun hati warganet