Selamat tunai haji, warganet doakan Irma Hasmie terus kuat. 'ALLAH akan hadirkan insan terbaik nanti'

Iklan

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie salah seorang selebriti tanah air yang menunaikan haji pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Selamat bergelar hajah, Irma sempat berkongsi perkembangan dirinya dan menitipkan ucapan terima kasih buat rakan yang memberikan sokongan.

"Alhamdulillah tak tergambar rasa syukur atas ucapan semua. Yang DM, dan hantar teks di WhatsApp, komen dan mesej tidak sempat saya balas satu persatu.

Iklan

Semoga setiap doa-doa kalian yang dititipkan diangkat ALLAH, qabul insya-ALLAH," kongsi Irma.

Aktres berusia 42 tahun itu tidak lupa mengucapkan terima kasih buat teman-temannya.

Iklan

"Syukur kepada ALLAH Maha Baik yang menghadirkan sahabat-sahabat di sisi saya.

"Tanpa sahabat semua saya tidak belajar memberi. Terima kasih kerana sudi bersama memilih diri memperbaiki diri.

"Semoga kalam kebaikan yang pernah disampaikan buat sahabat semua dipandang ALLAH sebagai air sejuk pemadam api kepanasan. Saya sayang semua," kongsinya.

Baca juga: 'Didikan baik seorang ibu.' Anak Irma Hasmie hadiah kad, ucapan istimewa sempena hari lahir ayahnya raih pujian. Sweet betul!

Baca juga: 'Semua yang berlaku ada hikmahnya.' Luang masa dengan bapa, kemesraan anak-anak Irma Hasmie dengan ibu tiri menyejukkan hati

Baca juga: Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

​​​​​​​​​​​​​​Baca juga: Harapkan yang baik-baik untuk diri & anak, Irma Hasmie enggan kongsi lanjut perkahwinan Redza Syah Azmeer

Sementara itu, warganet tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebaikan. Ujar mereka:

"Kehilangan cinta manusia tak mengapa, jangan hilang cinta ALLAH. Dapat cinta ALLAH, kita dapat segala-galanya."

"Apabila hati kita serahkan semuanya kepada ALLAH, maka perjalanan akan dipermudahkan insya-ALLAH

"Semoga saya menjadi wanita kuat seperti Irma."

"Semoga terus kuat meneruskan hidup disamping anak-anak Hajah Irma."

"ALLAH pasti ada perancangan terbaik untuk Irma."

Untuk rekod, Irma Hasmie dan Redza diijabkabul pada 29 Jun 2012 namun berpisah November tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Irma dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Redza Shah Irfhan dan Irma Nur Naylie.