Tahniah! Hefni Sahad kini bergelar suami, milik Nur Atikah dengan sekali lafaz

Iklan

TAHNIAH diucapkan kepada penyampai radio Hefny Sahad sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya pada petang Sabtu.

Hefny atau Mohamed Hefny Sahad, 37, menjadi milik Nur Atiqah dalam satu majlis di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ijab kabul disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dan Hefny menyerahkan mas kahwin sebanyak

Iklan

RM300.

Berita pernikahan pasangan itu dikongsikan di Instagram rasmi radio Sinar FM. Baca juga: Sweetnya! Tak pernah bercinta, hanya sekali lihat wajah bakal isteri, perkahwinan lelaki ini jadi perhatian warganet Baca juga: Redza Rosli bergelar suami, milik Bella Hanna dengan sekali lafaz

Iklan

Foto Hefny turut dikongsikan pasangan duonya di konti, Falyq Hikyle.

"Yahooooo. Tahniah Bang Hep dan Kak Iqa. Selamat pengantin baru. Moga rukun dan sampai syurga," kongsi Falyq.

Hefny yang bertugas sebagai penyampai di SinarFM sejak 15 Julai 2019 adalah naib juara pertandingan pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran, On Air.

Pelakon drama M.A.I.D itu pernah dikaitkan dengan aktres Nad Zainal dan Uqasha Senrose.

Kredit foto: Sinar FM