Sweetnya! Tak pernah bercinta, hanya sekali lihat wajah bakal isteri, perkahwinan lelaki ini jadi perhatian warganet

No Image Caption
A
A
A

JODOH itu rahsia ALLAH. Tidak pernah berkenalan, hanya bertemu sekali, namun pasangan ini bersetuju untuk disatukan.

Tular hingga 700,000 tontonan dan menerima lebih 60,000 tanda suka, video yang memaparkan upacara ijab kabul pengantin lelaki dikenali sebagai Bang Naih membuatkan warganet tersenyum.

Saling tidak mengenali seperti kebanyakan pasangan muda yang lain, pemuda itu membuktikan percintaan selepas bernikah itu lebih manis.

Masakan tidak, pempengaruh yang memiliki lebih 240,000 pengikut di TikTok itu mengakui tidak pernah menatap muka isterinya yang bernama Khadijah kecuali ketika upacara merisik.

"Tak pernah bercinta dan berkawan. Wajah (isteri) saya hanya pernah lihat sekali, itupun sewaktu merisik. Allhamdullilah, jodoh itu rahsia Tuhan," kongsinya.

Bang Naih yang dihubungi SinarPlus memaklumkan proses merisik mengambil masa hanya dua minggu manakala ikatan pertunangan selama tiga bulan.

"Saya dan isteri hanya berhubung untuk hal penting sahaja seperti tentang warna baju kahwin dan bagi mengisi maklumat pada borang perkahwinan," katanya.

Menyangkal perkahwinannya diatur keluarga, jurulatih kecergasan itu berkata permaisuri hatinya adalah rakan kepada abang iparnya.

Berbeza usia sembilan tahun, lelaki itu yakin teman hidupnya adalah yang terbaik.

"Saya berserah 100 peratus kepada ALLAH. Hidup ini perlu meletakkan ALLAH nombor satu. Apa yang kita buat dan dapat semuanya adalah yang terbaik.

"Doa, tawakal dan berusaha itu kuncinya," ujarnya yang menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300.

Menerusi video tular berdurasi 23 saat itu, pengantin lelaki itu juga sempat menyarungkan cincin selepas akad nikah.

Baca juga: Umumkanlah perkahwinan, rahsiakan pertunangan

No Image Caption

Mengakui masih dalam proses mengenali antara satu sama lain, Bang Naih berharap untuk melaksanakan tanggungjawab dan membahagiakan isteri tercinta.

Warga maya yang tersentuh dengan ketulusan pasangan itu mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal selamanya.

Tidak kurang yang tertarik dengan penampilan sederhana pengantin perempuan yang memakai niqab dan mengenakan solekan tipis. Ramai juga yang berkongsi pengalaman berkahwin dengan pasangan yang diatur oleh keluarga. Ujar mereka:

No Image Caption

"Nampak sopan dan masih malu-malu. Apapun tahniah buat pengantin. Semoga bahagia sampai syurga."

"Begini yang sebetulnya dalam Islam. Perempuan pun tak bersolek tebal. Moga berkekalan bahtera yang dibina insya-ALLAH."

"Bercinta selepas nikah itu lebih manis. Moga menjadi ikutan."

"Berkahwin cara ini impian saya, moga menjadi kenyataan."

"Saya dan suami dulu pun begini. Seorang di Terengganu, seorang lagi di Selangor. Selepas bertunang tak pernah jumpa. Alhamdulillah sudah masuk sembilan tahun perkahwinan. Semoga rumah tangga kalian diberkati ALLAH dan dikurniakan anak soleh dan solehah."

"Macam saya, jodoh pilihan emak dan ayah. Alhamdulillah 17 tahun sudah usia perkahwinan."

"Kahwin dulu baru dating. Bukan setakat lebih halal dan berkat, malah dapat pahala lagi. Walaupun sekadar memandang wajah pasangan.”

Selamat pengantin baharu daripada SinarPlus!

Baca juga: Kenal sebulan, wanita dedah bahagia bercinta selepas nikah lelaki Egypt

Baca juga: Tak semestinya berijazah hantaran RM10,000, enggan berhutang untuk kahwin perkongsian wanita ini raih pujian netizen

Baca juga: Ditanya soal jodoh, Fara Fauzana menangis, ‘saya takkan pilih duit, saya pilih cinta’

Sumber: TikTok @bangnaih

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang