TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi yang berjaya menggenggam skrol diploma miliknya pada usia 51 tahun.
Berkongsi momen yang cukup bermakna sempena konvokesyennya di laman sosial Instagram, suami kepada aktres Lisdawati itu meraih diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy.
"Alhamdulillah terima kasih ALLAH.
Pemilik nama Muhammad Fauzi Mohd Nawawi itu mengakui misi dua tahun menyudahkan pengajian tidak mudah.
Ujarnya, kata-kata semangat Lisdawati mendorongnya mencapai sesuatu dalam hidup.
"Isteri adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jika saya harap anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah.
"Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, perlu memberikan contoh terbaik," katanya.
Aktor yang terkenal dengan watak antagonis itu juga berharap menolak tanggapan masyarakat kepada golongan selebriti tidak mementingkan pelajaran.
Mengakui bergelar pelajar selama dua tahun itu sebagai fasa mencabar tetapi, kini Fauzi sudah boleh bernafas lega.
"Biasalah apabila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar memang ada. Perasaan itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian.
"Dalam masa yang sama, saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara," kata.
Selain Fauzi, pelakon dan penerbit Darling Ngasri serta aktres Rozie Rashid juga berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang yang sama dan hadir menerima skrol pengajian.