Umairah layak ke final, anak saudara Datuk Siti Nurhaliza wakili negara ke World Championship of Performing Art di Hollywood

Iklan

MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Demikian perumpamaan yang boleh diberikan kepada Ummi Umairah Saiful Anuar.

Anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dikhabarkan memasuki peringkat akhir World Championships of Performing Art (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, Sabtu ini.

Iklan
Iklan

Pengumuman itu telah dimuat naik menerusi media sosial penganjur dan turut dikongsikan Umairah di Instagram miliknya sendiri.

Kejayaan yang diraih penyanyi muda berusia 13 tahun itu turut menerima ucapan serta dedikasi dari penyanyi nombor satu negara itu.

Iklan

Sementara itu, ibunya, Siti Sairah Taruddin memohon doa daripada rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat emas, sekali gus mengharumkan nama tanah air.

Iklan

"Pada saringan pertama, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety dan berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi untuk kategori R&B.

"Umairah akan membawakan lagu sama iaitu A Natural Woman untuk peringkat akhir pada Jumaat ini.

"Umairah mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. Difahamkan, Umairah akan berentap dengan tiga peserta lain,”katanya.

Selain Umairah, turut berjaya ke peringkat akhir adalah pasangan kembar, Aleysha dan Ryan bagi kategori Duet, Dion Das dan Ryan Zachary (Peragaan), Kumpulan Dance Duo (Tarian Duo) dan Vanessa William (Tarian Solo).

Seramai 15 peserta mewakili negara bagi kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan dengan menyaksikan penyertaan daripada 70 negara pada kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood.

Baca juga: 'Anak rezeki dari ALLAH...' Isu Childfree, Mila akui tak salah nak kukuhkan ekonomi dulu, elak ikut trend barat