'Anak rezeki dari ALLAH...' Isu Childfree, Mila akui tak salah nak kukuhkan ekonomi dulu, elak ikut trend barat

No Image Caption
A
A
A

PERKAHWINAN dapat menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama serta salah satu ibadah jika dilakukan dengan niat yang betul kerana ALLAH SWT.

Dengan perkahwinan juga, secara tidak langsung dapat mewarisi keturunan serta merancakkan lagi perkembangan sesuatu bangsa dan agama.

Bagaimanapun, realiti kehidupan yang semakin mencabar memaksa segelintir pasangan berkahwin merancang untuk tidak mempunyai anak bagi memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing terlebih dahulu.

Kebimbangan yang sering diutarakan oleh pasangan baru berkahwin adalah kos sara hidup yang tidak pernah memuaskan selain terikut-ikut gaya hidup masa kini.

Lain pula pandangan penyanyi dan usahawan Mila Jirin. beliau berpendapat, tidak salah untuk satu-satu pasangan yang berkahwin mengambil beberapa tempoh masa untuk mengukuh kewangan terlebih dahulu.

Tetapi benar-benar suatu kerugian jika menolak rezeki yang tidak ternilai atas pemberian YANG MAHA ESA apabila ada segelintir pasangan masih menunggu-nunggu untuk menimang cahaya mata.

"Ya ALLAH, adalah satu kerugian yang sangatlah besar sebabnya mengambil pengalaman saya sendiri, kahwin pun lewat pada umur 27 tahun dan sekarang ada anak seorang, rasa tak cukup nak lagi, tapi sebab umur semakin meningkat belum ada rezeki lagi.

"Pada saya jika kita perlukan period of time untuk kita kukuhkan dulu kewangan keluarga tiada masalah, tetapi janganlah sehingga menolak rezeki yang Allah berikan.

"Percayalah, kalau ada isteri-isteri yang baru saja mendirikan rumah tangga, rezeki bukan di tangan kita sayang, rezeki itu milik ALLAH.

"Jika ALLAH rezekikan kita anak, jangan pernah rasa tak cukup duit. Kalau tidak, bagaimana dan mana mungkin ibu kita dapat membesarkan anak-anaknya dalam serba-serbi kekurangan," ujar pemilik Bizmilla Wedding Centre dan The Bridal Factory itu lagi.

Pelantun lagu popular 'Aku Lebih Tahu' berkenaan turut menekan untuk tidak terbawa-bawa dengan budaya barat dan menasihati pasangan berkahwin supaya berbalik kepada fitrah sebenar untuk mendirikan rumah tangga.

"Janganlah kita ikut trend budaya barat contohnya. Kita kena berbalik kepada paksi bagaimana cara ibu bapa membesarkan dan janganlah memutuskan generasi kita,"katanya.

Baca juga: 'Anak pewaris, struggle nak dapatkan sorang pun susah.' Luahan Achey, Siti Elizad & Zulin mengenai childfree runtun hati warganet

Baca juga: Childfree kufur nikmat, tak yakin dengan rezeki ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang