Rumah tangga berantakan, Dr Jezamine failkan cerai terhadap Harith Iskander

Iklan

RUMAH tangga pelawak, Harith Iskander dan Dr Jezamine dikatakan sedang berantakan.

Portal mStar melaporkan doktor wanita pertama memperolehi PhD dalam kejuruteraan tisu dan sel stem itu dikatakan memfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syarikh Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Iklan
Iklan

Memetik portal berkenaan, khabar duka itu semakin kuat apabila Jezamine bergambar di hadapan dewan mahkamah dengan bersama peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir yang pernah mewakili beberapa artis popular dalam kes penceraian.

Iklan

Malah, perkara tersebut telah disahkan oleh Jezamine sendiri ketika dihubungi mStar. Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata beliau sudah memfailkan permohonan cerai itu sekitar Jun lalu.

Pun begitu, buat masa ini Jezamine belum bersedia memberikan sebarang komen tentang punca perpisahan itu.

Iklan

Sementara itu, Harith pula memilih untuk mengunci mulutnya berkenaan status rumah tangganya.

Sekadar info, The World’s Funniest Man 2016 itu dan Jezamine, 41 mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zandar Xayne, Alessandra Jayne, dan Zydane Zayne.

Jezamine yang berdarah kacukan India-Cina merupakan graduan perubatan Melaka Municipal University dan pernah menjadi juara pertandingan Girl Next Door 2009 anjuran majalah FHM.

Baca juga: Nedim dirawat di ICU, Nora Danish beri kata semangat terus kuat. 'Stay strong daddy'

Baca juga: 'Selepas hari ini tidak ingin cintai seseorang terlalu dalam.' Bella Astillah, Aliff Aziz bercerai talak satu

Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Sebelum itu, doktor jelita itu adalah finalis Miss Malaysia World 2007, first runner up Miss Malaysia Earth 2008 dan mewakili Melaka ke pertandingan Miss Malaysia Universe.

Sumber: mStar