Kejutan hari lahir bertukar tragedi, pelajar lelaki ini maut selepas dicampak ke kolam & terkena renjatan elektrik

Iklan

SEORANG pelajar lelaki di sekolah menengah atas (SMA) Negeri 1 Cawas, daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia dijemput ajal ketika menyambut hari kelahirannya.

Mangsa yang dikenali sebagai Fajar Nugroho,18 dikatakan berkumpul bersama rakan Organisasi Siswa Intrasekolah (OSIS) sekitar 30 orang.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, kesemua berkumpul pada hari Isnin lalu untuk pembahagian tugas bagi mendapatkan tajaan pertandingan memperkembangkan pencapaian, minat dan bakat pelajar pada 25 Julai 2024.

Pada saat pembahagian tugas dijalankan, ada dalam kalangan mereka mengetahui mangsa akan menyambut hari ulang tahun pada hari tersebut dan ingin membuat kejutan kepada beliau.

Iklan

Malang tidak berbau. Selesai menunaikan solat Zuhur, mangsa dilemparkan tepung sebelum dicampak ke dalam kolam sekolah oleh rakan-rakannya.

Iklan

Ketika berada di dalam kolam itu, Fajar cuba menyelamatkan diri untuk naik ke atas. Namun, belum sempat sampai ke permukaan, mangsa dikatakan terpijak kabel elektrik.

Melihat kejadian tersebut, rakan mangsa sempat mematikan arus eletrik sebelum terjun ke dalam kolam bagi membantu mangsa.

Biarpun berduka dengan kehilangan anak tersayang, namun keluarga Fajar menerima kejadian itu sebagai musibah dan jenazah telah selamat dikebumikan pada Selasa lalu.