Wanita dihempap balak masih ditidurkan, bakal kehilangan sebelah buah pinggang. 'Adik sangat kuat melawan kesakitan'

Iklan

TRAGEDI muatan kayu balak terburai, tergolek kemudian menghempap wanita di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai terus menjadi perhatian warga maya.

Terus kuat dan bertahan, Siti Norelyana Kamaruzaman yang dihempap kayu tersebut Selasa lalu masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Iklan
Iklan

Pun begitu, keadaannya stabil dan masih di bawah pemantauan rapi pihak doktor.

Kakaknya, Roslinda Jusoh, 40, berkata, adik ke-10 daripada 12 beradik itu ditidurkan sejak dibawa ke hopsital berkenaan bagi menggelakkan terlalu sakit akibat kecederaan dalaman yang dialami.

Iklan

Baca juga: Insiden wanita dihempap kayu balak didakwa sarat mengandung, tunang tampil beri penjelasan

Baca juga: Wanita ditimpa kayu balak, ibu pengsan dua kali di hospital. 'Dia sedang bertarung nyawa, semangatnya kuat'

Iklan

Sementara itu, seorang lagi kakak mangsa, Ujiriah Kamaruzaman, 41, berkata adiknya seorang yang sangat kuat untuk melawan kesakitan.

Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim (kanan) ketika menziarahi ibu mangsa kemalangan. FB Rohani Ibrahim

"Doktor memaklumkan akan buat pembedahan membuang buah pinggang yang rosak sebelah, tulang belakang, punggung, tulang rusuk, hati, limpa, paru-paru dan hempedu yang mengalami luka teruk.

"Namun, setakat ini doktor perlu menunggu sehingga keadaan adik baik sebelum menjalani pembedahan itu," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, lori balak membawa muatan kayu balak yang dipandu lelaki berusia 24 tahun dipercayai dari arah Bandar menuju ke Kuala Lipis, Pahang.

Bagaimanapun, ketika sampai di lokasi kejadian, semasa membelok penyambung atau cakera putar (turn table) treler terbabit patah dan menyebabkan ekor treler terbalik.

Polis turut mengeluarkan saman ke atas pemilik lori yang berusia 58 tahun kerana membenarkan kenderaan itu dipandu oleh individu tidak mempunyai lesen.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro