Wanita ditimpa kayu balak, ibu pengsan dua kali di hospital. 'Dia sedang bertarung nyawa, semangatnya kuat'

No Image Caption
A
A
A

WANITA mangsa dihempap kayu balak terjatuh dari sebuah lori di Gua Musang, Kelantan kini sedang ditidurkan selepas menerima rawatan awal di hospital daerah tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Siti Norelyana, 21, dilaporkan parah dan akan menjalani pembedahan di bahagian tulang belakang, pinggul, rusuk, hati, limpa, paru-paru dan pundi hempedu.

Abangnya, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, Siti Norelyana telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baru, dan berada dalam pemerhatian rapi.

"Sekarang ini doktor tengah merawat bahagian usus dan kemungkinan akan ada masalah juga. Buat masa sekarang ini semangat adik saya sangat kuat apabila dia tengah lawan sakitnya.

"Walaupun sudah menerima bius, adiknya masih belum menunjukkan tindak balas positif di bahagian kaki dan tangan," katanya.



Melangsungkan pertunangan pada Mei lalu, Siti Norelyana dijadualkan bernikah pada Disember tahun ini
Melangsungkan pertunangan pada Mei lalu, Siti Norelyana dijadualkan bernikah pada Disember tahun ini

Baca juga: Insiden wanita dihempap kayu balak didakwa sarat mengandung, tunang tampil beri penjelasan

Memaklumkan Siti Norelyana sepatutnya bernikah pada Disember tahun ini, Mohamad Azwa berkata adiknya masih belum menunjukkan tindak balas positif di bahagian kaki dan tangan walaupun sudah menerima bius.

"Dia bertarung nyawa. Semangatnya sangat kuat. Saya berterima kasih kepada orang ramai atas doa mereka dan berharap semua orang terus mendoakan dia agar dia cepat sembuh," katanya.

Sementara itu, kakaknya, Roslinda pada mulanya terkejut selepas menonton rakaman kamera papan pemuka (dash cam) yang memaparkan motosikal ditunggang adiknya dihempap kayu balak di persimpangan lampu isyarat.

Sumber: Media sosial
Sumber: Media sosial

Lebih mendukacitakan, ujar Roslinda bondanya tercinta adalah insan yang paling terkesan susulan kejadian itu.

"Saya tahu selepas dihubungi ma. Ma pengsan dua kali di hospital. Ketika dalam kereta saya baru dapat tonton video dihantar orang ramai.

"Ya ALLAH tak boleh gambarkan perasaannya ketika itu, sakit sangat. Saya harap pemandu lori balak lebih peka.

"Kamu (pemandu lori) bawa muatan besar, kami hanya kenderaan kecil. Jadi, kena lebih peka sebab ia melibatkan nyawa.

Terdahulu, tunang Siti Norelyana tampil menafikan wanita itu berbadan dua seperti yang tular di laman sosial.

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Sekadar info, Siti Norelyana terlibat dalam kemalangan dan nyaris maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak dan terburai dari lori bersebelahan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Menerusi rakaman, susulan rempuhan kayu, wanita itu dilihat tercampak dan terperosok di bawak trak pikap 4 x 4.

TURN TABLE LORI PATAH JADI PUNCA

Portal berita melaporkan bahagian 'turn table' lori berkenaan patah menjadi punca.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lori balak yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai dari arah Bandar menuju ke Kuala Lipis, Pahang.

"Sampai di lokasi kejadian, semasa membelok 'turn table' treler terbabit patah dan menyebabkan ekor treler yang membawa muatan kayu balak terbalik.

Sumber: Media sosial
Sumber: Media sosial

"Akibat daripada ekor treler yang terbalik, muatan balak yang dibawa terkena seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di laluan bertentangan dan sedang berhenti kerana lampu isyarat merah," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

Siasatan lanjut masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian bolehlah menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 012-4027283.

Sumber: Majoriti, mStar, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang