Disangka sudah mati, bayi ajaib ditemui selamat selepas merangkak tepi highway. Ini kisah tragis dua beradik selepas ibu bunuh si abang

Iklan

KISAH seorang bayi di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat menggemparkan orang ramai apabila ditemui merangkak seorang diri di bahu jalan sebuah lebuh raya.

Lebih mengejutkan, ramai tertanya-tanya bagaimana sekecil berusia setahun itu boleh selamat seorang diri selama dua hari memandang kawasan itu dilanda ribut.

Iklan
Iklan

Meksipun ditemui dengan kesan gigitan serangga penuh di seluruh badannya, namun bayi berkenaan dilaporkan stabil dan digelar miracle baby.

Lapor AP News, penemuan tersebut akhirnya menamatkan misi mencari dan menyelamat pihak berkuasa tempatan yang sebenarnya sedang mengesan keberadaan mangsa.

Iklan

Ini kerana operasi tersebut dijalankan selepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun bernama Legend dipercayai abang kepada mangsa ditemui lemas di sebuah tasik.

Iklan

Menurut laporan polis, bayi yang bernama Kingtrail berkenaan dikatakan tidak berada di tempat kejadian selepas dipercayai dibunuh ibu kandungnya sendiri, Aaliyah Jack, 25.

Kali terakhir mereka berdua dilihat bersama ibunya di kawasan rekreasi Lake Charles iaitu kira-kira 322 kilometer dari New Orleans.

Bagaimanapun, hanya jasad si abang saja ditemui terapung di dalam tasik berhampiran Interstate 10, pintu masuk laluan negeri ke Texas tersebut.

Pihak polis turut mengesyaki suspek membunuh si bayi berkenaan, tetapi mayat mangsa tidak ditemui di tempat kejadian. Bimbang keadaan si kecil, misi mencari diteruskan.

Pada masa sama, pihak berkuasa juga berjaya menangkap wanita tak berperikemanusiaan itu di Meridian, Missisippi iaitu kira-kira 563 kilometer dari tempat mayat mangsa.

NAMPAK PATUNG

Sementara itu, pemandu lori yang menjadi hero tak disangka dalam kes tersebut, Reginald Walton pada awalnya menyangka bayi tersebut adalah patung yang dibuang di tepi jalan.

Merujuk laporan polis, lelaki itu sedang memandu sebuah treler 18 tayar melalui laluan terbabit sebelum ternampak sebuah patung sedang duduk di bahu jalan.

Walton bertambah terkejut bila melihat patung comot itu bergerak dan kemudian merangkak.

"Bila saya pergi ke arah budak itu, dia sudah duduk semula. Kemudian dia menangis dan bergerak menuju ke arah saya. Bila saya dapat pegang tangan dia, budak itu berhenti menangis,” ceritanya.

Bayi ajaib itu kemudian diserahkan kepada pihak kebajikan untuk dijaga buat sementara waktu manakala ibunya berdepan dengan pelbagai tuduhan termasuk membunuh.

Nasib baiklah si kecil itu terselamat. Tak boleh nak bayangkan bagaimana nasib bayi yang ditinggalkan seorang diri di tepi jalan yang memang jauh daripada kawasan penempatan penduduk.

Moga kejadian ini memberi iktibar buat semua. Isu pengabaian anak-anak tidak wajar dipandang enteng kerana sedikit kesilapan dan sikap cuai, boleh hilang nyawa sekelip mata.