GEOX rai wanita dalam 'Powerhouse Women: Embracing You, sokong kesejahteraan dan pertumbuhan dalam kerjaya dan kehidupan harian

Iklan

SELARAS dengan perkembangan masa kini, jenama kasut antarabangsa GEOX terus kekal relevan dalam meraikan kemajuan sosial dengan mengadakan sesi perbincangan istimewa bertajuk 'Powerhouse Women: Embracing You' baru-baru ini.

Tujuan acara ini adalah untuk meneroka integrasi inisiatif peribadi, kesedaran komuniti, dan penyesuaian dasar dalam membina tempat kerja yang lebih inklusif dan menyokong kesejahteraan serta pertumbuhan kaum wanita.

Iklan
Iklan

Pengarah Negara Buttonscarves di Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullai dan pengasas Enliven Women dan Yoga For Mums, Caleen Caseryn menjadi panel berkongsi pandangan mengenai isu-isu feminisme dan positiviti badan, serta kesihatan mental dan penjagaan diri untuk wanita.

Turut dibincangkan, cara mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan harian serta pertumbuhan peribadi dalam tanggungjawab bekerja.

Iklan

Acara tersebut dihadiri oleh para wanita profesional dari pelbagai bidang dari sektor swasta dan kerajaan.

Sebagai bukti keazaman GEOX dalam meraikan wanita-wanita berkeyakinan dan profesional, jenama tu juga baru-baru ini mengumumkan pengenalan koleksi kapsul baru yang direka oleh duta global mereka, Pelakon wanita dan pemenang Oscar tersohor, Penélope Cruz bersama adiknya, Mónica.

Iklan

Dijangka dilancarkan pada musim Bunga/Panas 2024, koleksi ini memberi tumpuan kepada praktikaliti tanpa mengorbankan gaya.

Koleksi ini menampilkan empat rekaan pakaian luaran dan lima rekaan kasut dalam warna-warna cerah yang diilhamkan oleh rantau Mediterania.

Dari sandal bertumit tinggi hingga loafers selesa dan kasut sukan berwarna-warni, setiap rekaan mencerminkan keanggunan serta keselesaan.

Pakaian luar, termasuk kot labuh dan anoraks yang diperbuat daripada bahan lestari, menggambarkan kewanitaan kontemporari dengan gaya metropolitan.

Kerjasama ini mendorong wanita untuk menyayangi diri sendiri di samping membina keyakinan diri.