Jual kopi tanpa bancuh pertama di Malaysia, Liquffe bantu suri rumah jana pendapatan, sumbang 100 naskhah al-Quran Braille

Iklan

BAGI menyahut seruan kerajaan untuk terus mengatasi masalah pengangguran, produk kopi tanpa bancuh berbentuk cecair yang pertama di Malaysia iaitu Liquffe mengambil inisiatif memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan.

Menurut pengasas Liquffe yang juga pempengaruh, Bulan, usaha itu adalah untuk membantu rakyat bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Iklan
Iklan

"Liquffe adalah singkatan daripada Liquid Coffee yang mana minuman kopi secawan dijadikan dalam bentuk sachet.

"Meskipun Liquffe ini masih baru, ia telah menunjukkan sedikit demi sedikit petanda baik apabila ramai suri rumah mula menjualnya," ujarnya.

Iklan

Akuinya lagi, selain produk itu belum ada saingan memandangkan ia yang pertama di Malaysia, penggemar minuman kopi tidak perlu membancuhnya antara faktor ia mendapat permintaan yang semakin meningkat.

"Dalam kesibukan kita dengan aktiviti seharian, mungkin ada yang tak sempat untuk bancuh kopi atau sedang memandu, jadi ambil Liquffe ini sudah memadai kerana ia menyamai secawan kopi.

Iklan

"Jadi, kelebihan-kelebihan inilah memudahkan ejen dan stokis untuk mendapat keuntungan yang berbaloi.

"Alhamdulillah, suri rumah antara golongan yang memberi respons positif kerana jualan ini mampu membantu dalam menjana pendapatan tambahan tanpa mengabaikan suami dan anak-anak,” jelas beliau lagi.

Pada masa sama, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk muncul dengan produk yang bagus dan bermanfaat kepada masyarakat akhirnya tercapai.

Selain membantu dalam menjana pendapatan, beliau mahu sentiasa berbakti kepada masyarakat.

"Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan mahu muncul dengan produk sebegini.

"Tak dinafikan, terdapat sesetengah netizen yang melihat pempengaruh tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat.

"Selain ia membantu masyarakat untuk menjana pendapatan, saya dan pasukan Liquffe juga akan terus membuat kerja amal.

"Antaranya adalah bekerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.

"Insya- ALLAH, ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Melalui kerjasama ini, untuk permulaan saya akan membeli 100 naskhah al-Quran Braille daripada pertubuhan ini untuk disumbangkan kepada persatuan orang buta yang lain.

"Bagi saya, al-Quran ini sangat penting kerana hidup kita lebih teratur dan terurus selagi kita berpaut dengannya, selain ia merupakan mukjizat paling agung,” ujarnya.

Menurut wanita berusia 27 tahun itu, ejen dan stokis tidak perlu risau kerana kopi tanpa bancuh yang menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan ini turut mengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.

"Penyelidikan telah dilakukan selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut banyak berlaku penolakan kerana mahukan rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.

"Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, membantu meningkat metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi.

"Jadi, secara tak langsung mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti pesakit kencing manis, boleh menggunakannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi, Fikry Kiki yang juga pengasas produk berkenaan memberitahu, pihaknya menawarkan hadiah istimewa kepada semua pelanggan.

"Semua pembeli Liquffe berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih dari 60 ribu ringgit.

"Antara hadiah yang ditawarkan adalah motosikal Honda RS-X, pelbagai jenis gajet dan alat elektronik.

"Hadiah-hadiah ini adalah cara kami menghargai pembeli yang tidak putus-putus menyokong kami,” katanya.