Ratusan hadir pengebumian Nur Farah Kartini, wajah sayu dan pilu ibu arwah undang sebak ramai!

Iklan

RATUSAN ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung menghadiri pengebumian mangsa pembunuhan, Nur Farah Kartini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan, Pahang.

Van yang membawa jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4.55 petang selepas dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Iklan
Iklan

Sayu dan pilu, wajah ahli keluarga Allahyarham kelihatan sugul memberikan penghormatan terakhir buat anak bongsu daripada tujuh bersaudara itu.

Iklan

Wajah ibu Allahyarham yang kelihatan hiba tatkala menyaksikan perjalanan terakhir yang dikasihi begitu meruntun hati mereka yang turut berada di tanah perkuburan.

Iklan

Dalam keadaan cuaca tenang dan berangin, jenazah Nur Farah Kartini selesai dikebumikan pada 5.20 petang selepas dituntut dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada kira-kira jam 2 petang tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Nizar Najib yang menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham.

Difahamkan, jenazah graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Dengan Kepujian UPSI itu dikebumikan di Pekan bagi memudahkan urusan pengebumian.

Portal berita tempatan sebelum ini berkongsi pusara Allahyarham sudah selesai digali sejak pagi semalam.

MOMEN TERAKHIR KELUARGA

Abang kepada Nur Farah Kartini, Mohd Farriza Amir, 28, bersama ibu dan ahli keluarganya berkumpul di tepi pusara sebagai kenangan terakhir.

Masing-masing saling berpelukan dan menitiskan air mata, namun reda dengan pemergian satu-satunya adik perempuan dalam keluarga.

Kata Muhammad Farizza, seisi keluarga bersyukur urusan pengebumian arwah adiknya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Dalam pada itu, beliau juga memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.

"Kita bersyukur sudah sampai sini dan pengebumian pun sudah selesai. Kita bersyukur sangat.

Terdahulu, media melaporkan mayat wanita dipercayai Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai, ditemukan enam hari kemudian ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, Isnin.

Gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

Suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah daripada SinarPlus, al-Fatihah.