'Cukup jadi sederhana dan lihat siapa yang dapat menerima kita apa adanya,' hantaran Thread terakhir Nur Farah Kartini jadi perhatian warganet

No Image Caption
A
A
A

SAYU dan pilu dengan kematian tragis Nur Farah Kartini Abdullah, 25, namanya menjadi perhatian warga maya di laman sosial.

Selain TikTok, aplikasi Thread milik graduan perguruan itu turut menjadi tumpuan warganet terutama pada hantaran terakhir yang dimuat naik kira-kira seminggu lalu.

Tiga hari sebelum dilaporkan hilang iaitu pada 8 Julai, Nur Farah memuat naik hantaran seolah-olah meluahkan kekecewaan.

"Mati rasa hanya kerana dikecewakan dan disia-siakan. Cukup jadi sederhana dan lihat siapa yang dapat menerima kita apa adanya.

"Seseorang yang akan bangkit setelah jatuh adalah orang yang lebih kuat daripada seseorang yang tidak pernah jatuh sama sekali.

"Berdamai dengan diri sendiri, nikmati real life dan istighfar is the best solution of any problem," tulisnya.

No Image Caption

Warganet mengaitkan punca kematian wanita itu dengan satu hantaran yang dibuat olehnya di aplikasi Threads selepas polis mengesahkan suspek merupakan teman lelaki mangsa.

"Saya syak pembunuh dia ada kaitan dengan status daripada tangkap layar aplikasi Thread terakhir Allahyarhamah sebelum dia hilang dan dijumpai dibunuh semalam (Isnin)," demikian tulis seorang pengguna laman sosial itu sebelum ia menjadi tular.

No Image Caption

Baca juga: 'Hilang di Tanjung Malim, ditemui di Hulu Selangor.' 6 hari tanpa jejak, Nur Farah Kartini ditemukan tak bernyawa, berikut kronologi tragedi

Baca juga: Pembaca berita sebak sampaikan kematian Nur Farah Kartini, dedah rakan baik sejak universiti. 'Tak sangka berakhir tragedi pilu'

Baca juga: Pelajar cemerlang GPA 4.0, Nur Farah Kartini bakal guru. 'Tak sempat berbakti mengajar anak didik'

Hantaran tertinggi menerima 251 tanda suka dan 36 repost dan 15 quotes. Rata-rata warga maya sedih di samping menitipkan ucapan takziah.

Terdahulu, mayat Nur Farah ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada pukul 6 petang, Isnin.

Lebih memilukan, jasad wanita itu dikatakan hampir reput dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kecederaan yang dialami mangsa masih belum dapat ditentukan manakala tiada sebarang rampasan senjata di lokasi penemuan mayat.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga kekasih mangsa dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang