Beza usia 41 tahun bukan penghalang tauke emas kahwini wanita muda

Iklan
Copy of Copy of gambar portal_20240508_062953_0000

 

PERKAHWINAN berbeza usia 41 tahun di Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini mengundang perhatian ramai di media sosial.

Iklan
Iklan

Pengantin lelaki dikenali bernama Juamar Muamar, 60 tahun berkahwin dengan pelajar berumur 19 tahun, iaitu Amelia Sri Rahayu.

Majlis pasangan itu berlangsung di Desa Bagawat, Kuningan baru-baru ini.

Iklan

Video perkahwinan antara pemilik kedai emas tersebut dengan Amelia kini tular di media sosial.

Pasangan berkenaan dilihat mengenakan pakaian tradisional Indonesia berona putih.

Iklan

Dalam rakaman itu, Juamar sedang asyik menari bersama isterinya sambil disaksikan para tetamu selepas majlis akad nikah selesai.

Amelia ketika ini masih merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Kuningan.

Sebelum ini, Juamar telah berkahwin dengan Tini Nurhaeti namun isterinya itu meninggal dunia.