BUAT pertama kalinya, pelakon berasal dari Malaysia yang terkenal di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, menerima penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada para pemenang acara terjun 3 meter papan anjal pada Jumaat.
Anak kelahiran negeri Perak itu berkongsi perasaan terujanya mendapat peluang keemasan itu menerusi akaun Instagram miliknya.
"Mereka telah berjuang dengan lebih gigih dan melakukan perjalanan lebih jauh untuk sampai ke Paris.
Iklan
"Itulah Pasukan Olimpik Pelarian. Sila sokong mereka dengan sepenuh hati. Apabila anda melihat mereka, tunjukkan sokongan anda dengan berkongsi hati anda dengan mereka.
"Bersama-sama, pasukan ini mewakili lebih 100 juta pelarian di seluruh dunia. Mari kita sokong mereka dengan penuh semangat dan bangga," kata Yeoh menerusi salah satu hantaran Instagram peribadinya.
Yeoh turut memuat naik gambarnya bersama para atlet dari pasukan tersebut.
Iklan
Untuk rekod, Yeoh merupakan orang Asia pertama dalam kerjayanya sebagai pelakon antarabangsa yang meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023 menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Bukan itu sahaja, pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah menyampaikan Pingat Kebebasan Presiden kepada Yeoh.