Hilang tanpa jejak setahun, suami ditemukan berfoya dengan wanita lain, isteri ini kongsi luahan. ' Aku sudah siap dengan apapun terjadi'

Iklan

TULAR di media sosial seorang isteri meluahkan rasa duka apabila suaminya hilang tanpa jejak sejak satu tahun yang lalu.

Individu yang dikenali sebagai Aprilia Majid berkata suaminya tidak dapat dikesan sejurus selepas pergi ke kerja pada 4 mei tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut wanita itu lagi, beliau mendirikan rumah tangga pada usia 22 tahun bersama suaminya Muhamad Zhacky yang selama ini cukup bahagia sebelum lelaki itu menghilangkan diri.

Ibu kepada sepasang cahaya mata berkenaan berkata, dirinya tidak pernah putus berdoa dan berharap agar suaminya kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

Iklan

"Beberapa tahun yang lalu, saya menikah muda di usia 22 tahun.

"Alhamdullillah, saya juga telah dikurniakan dua anak yang tampan dan cantik.

Iklan

"Kehidupan pernikahan kami sangat bahagia sampai pada akhirnya satu tahun yang lalu suami saya hilang tanpa khabar," kongsinya.

Ketika menghadiri pengajian agama Menata Hati Bekasi Jun lalu, Aprilia memaklumkan bahawa dirinya telah menguruskan rumah tangga seorang diri.

Bahkan, beliau terpaksa menjalani rawatan psikiatri dan psikologi susulan daripada kesedihan dan trauma yang dialaminya.

Dua bulan berikutnya, kisahnya menjadi viral dan membawa kepada penemuan suaminya yang sedang berfoya-foya bersama wanita lain di sebuah kelab malam di Palembang,Indonesia.

Pembongkaran itu dilakukan @dhemit_is_back01 dengan menampakkan Eky sedang leka minum minuman keras.

Menerima perkhabaran itu, Aprilia yang juga pempengaruh memilih untuk berlapang dada dan bersedia menerima segala dugaan yang dialaminya.

"Insya- ALLAH aku sudah siap dengan apapun ye terjadi, I'm ok.

"Aku sekarang cuma minta tolong sangat untuk sedikit apapun informasi, kalian punya kasih tu sangat berarti," katanya.

Aprilia menegaskan bahawa pencarian suaminya sebelum itu adalah demi anak-anaknya.