'Rider' kantoi ambil gambar wanita tanpa izin, rupanya kongsi di WhatsApp dengan niat ‘body shaming’ dan lucah

Iklan

PERBUATAN 'body shaming'sering berlaku dalam kalangan wanita yang mempunyai bentuk tubuh badan kurang menarik.

Bahkan, terdapat individu cuba menjadikan aset wanita seperti ukuran bentuk dada dan punggung sebagai bualan berbentuk hinaan dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang mahasiswi menjadi mangsa kepada perbuatan 'body shaming' dan gangguan seksual.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bersama rakan-rakannya di sebuah kedai makan dekat sekitar Palangkaraya, Kalimantan Tengah,Indonesia.

Iklan

Seorang lelaki yang juga penghantar makanan dilihat dengan sengaja mengambil gambar mangsa yang ketika itu sedang berborak.

Menyedari perbuatan tersebut, salah seorang rakan mangsa bertindak menegur perbuatan itu dan meminta lelaki berkenaan memadam gambar yang diambilnya.

Iklan

Menurut rakaman video yang tular, rakan kepada mangsa dengan berani menghampiri lelaki tersebut untuk memastikan gambar yang diambil telah dipadam sepenuhnya.

Lebih mengejutkan apabila gambar-gambar yang diambil lelaki tersebut adalah tertumpu di bahagian dada mangsa.

Gambar tersebut juga dipercayai untuk dikongsikan di aplikasi WhatsApp dengan mesej berbaur lucah.

Grab Indonesia turut mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan tindakan tegas telah dikenakan kepada penghantar makanan tersebut dengan mengantung perkhidmatannya.

Selain mengecam perbuatan tidak sopan lelaki tersebut, warga maya turut memuji tindakan pantas dan sikap wanita berkenaan yang berani melawan untuk membela nasib rakannya.