Takziah, kakak seniman Sudirman meninggal dunia

Iklan
Kredit foto: Astro Awani

TAKZIAH diucapkan buat keluarga kakak kepada penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad iaitu Datin Rudiah @ Rodziah Arshad yang meninggal dunia jam 12.08 tengah hari tadi.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Razman Azrai Zainudin atau Atai, 50.

Iklan
Iklan

"Datin Rudiah @Rodziah Arshad sudah kembali ke rahmatullah tepat pada 12.08 tengah hari, hari ini.

"Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melawat mak, mendoakan atau siapa saja yang mengingati mak, termasuk individu yang menjadi sebahagian dalam hidup mak.

Iklan

"Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang beriman," katanya.

"Dia (Rodziah) bukan sahaja ibu. Kami bersama-sama menjaga Chokman (Sudirman) terlantar dengan ibu saudara. Saya seorang sahaja yang tinggal sekarang ini" - Atai

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut memohon titipan doa daripada orang ramai.

Allahyarham Rodziah adalah anak kedua daripada sembilan adik-beradik termasuk dua orang adik tiri.

Rodziah mempunyai hubungan yang rapat dengan Allahyarham Sudirman. Untuk rekod, penyanyi legenda itu meninggal dunia kerana radang paru-paru di rumahnya di Bangsar, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1992.