'Selamat pengantin baru anak ayah.' Ustaz Hanafiah terima menantu sulung, Da’i Syafiqah kini bergelar isteri

Iklan

PENDAKWAH, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek baru-baru ini menerima menantu sulung selepas anak perempuannya, Da'i Syafiqah diijabkabul bersama pasangan pilihannya, Ahmad Hazeem pada 31 Ogos lalu.

Menantu pertama

Iklan
Iklan

Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi memuat naik berita gembira itu di Instagram miliknya dengan menitipkan kesyukuran dan mengalu-alukan kehadiran menantu pertama ke dalam keluarganya.

"Alhamdullillah, selamat pengantin baru anak ayah, hazeem welcome to our family," ujarnya.

Iklan

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyiaran JAKIM, Ustaz Mohammad Zarifi Mohamad Daud,Pendakwah Bebas, Ustazah Muzayyanah Abdullah, Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah serta rakan artis iaitu kumpulan Inteam serta pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya.

Iklan

Warganet turut menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar kebahagiaan Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah dan pasangan kekal berpanjangan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan anak kelahiran Terengganu itu lengkap berbusana pengantin rona kelabu.

Sekadar makluman, Da'i Syafiqah merupakan penceramah motivasi, moderator dan pengacara televisyen bagi program 'Anda Musykil: Di Sini Ada Jawapannya.

Selain itu, anak sulung Ustaz Hanafi itu merupakan graduan Asasi Undang-Undang Syariah & Sivil di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pernah melibatkan diri dalam program Da'i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 pada 2017.