Farah Lee kongsi video bunyi bom serangan udara, penerbangan dibatalkan. 'Doakan kami dapat balik beraya'

Iklan

AKTIVIS kemanusiaan, Farah Lee berkongsi situasi terkini dirinya yang kini berada di Damascus, Syria susulan bunyi letupan dipercayai serangan udara yang kedengaran berhampiran lokasi penginapannya.

Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 37, berada di Syria sejak beberapa hari lalu bagi menyampaikan bantuan iftar, pek makanan dan sumbangan Ramadan menerusi pertubuhan kebajikannya, Childrity.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang dikongsikan, Farah berkata dia berada di luar ketika bunyi bom kedengaran. Malah, kira-kira 15 minit sebelum itu, satu lagi letupan yang lebih kuat turut berlaku sehingga gegarannya dapat dirasai.

“Okay, Farah dekat luar sekarang. As you know, Farah sekarang dekat Syria dan berada di luar tadi. Ada bunyi bom dan sebenarnya lebih kurang 15 minit sebelum itu memang ada bunyi bom yang lebih kuat serta terasa gegarannya,” katanya.

Iklan

Dalam masa sama, Farah turut memaklumkan penerbangannya pulang ke Malaysia telah dibatalkan susulan penutupan ruang udara. Penerbangan ke Istanbul dan seterusnya ke Kuala Lumpur masih belum dapat dipastikan.

Iklan

“Tapi insya- ALLAH semuanya okey. Kami di sini selamat sahaja, tak ada apa-apa. Cuma kami terkandas sebab ruang udara ditutup. Itu sahaja. We are all okay here,” jelasnya.

Farah bagaimanapun menegaskan keadaan di Syria setakat ini tidak terjejas secara langsung di kawasan mereka berada. Dia turut memohon orang ramai mendoakan agar konflik melibatkan Isr4el, Iran dan negara-negara terlibat tidak berlarutan.

“Syria setakat ini tidak terjejas. Jadi doakan supaya perkara ini tidak berlarutan dan kami dapat balik beraya di Malaysia insya-ALLAH.

“Kami semua okey di sini, tak ada masalah. Cuma ada gegeran dan bunyi bom sahaja. Alhamdulillah. Doakan supaya serangan-serangan ini tidak berlanjutan, supaya flight kami dapat diteruskan dan kami dapat pulang ke Malaysia dengan selamat insya-LLAH. Farah pun tak tahu lagi bila boleh balik,” ujarnya lagi.

Menutup perkongsian vdeo berdurasi dua minit tersebut dengan doa hasbiallah wanikmal wakeel, Farah menzahirkan harapan agar segala urusan dipermudahkan.

Warga maya mendoakan keselamatan Farah dan pasukannya serta selamat kembali ke Malaysia.