Tak masuk akal, iPhone gergasi pecah rekod dunia dibina dua Youtuber, tak sangka boleh berfungsi siap skrin 88 inci

Iklan

MEMANG tak masuk akal! Replika iPhone gergasi yang dicipta dua Youtuber terkenal British akhirnya pecah rekod The Guiness World Record baru-baru ini.

Apa yang membuatkan ramai terkesima, peranti dengan skrin selebar 88 inci itu boleh berfungsi seperti handphone pintar biasa termasuklah membuat panggilan, foto dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Lapor New York Post, Arun Rupesh Maini dan Matthew Perks membina sebuah telefon mudah alih versi iPhone 15 Pro Max setinggi 2.05 meter, sekali gus mencipta rekod dunia.

Iklan

Bagi membolehkan mereka menerima pengiktirafan tersebut, fitur tersebut mestilah benar-benar berfungsi.

Jadi nak dijadikan cerita, kedua-dua Youtuber terkenal dengan konten teknologi dan DIY berkenaan menggunakan televisyen OLED bersaiz 88 inci untuk paparan teks dan emel.

Iklan

Lagi syok, iPhone gergasi itu boleh mengendalikan aplikasi, swafoto, selain mempunyai lampu suluh dan port pengecasan dengan kabel USB type C terbesar di dunia.

Dalam satu video yang dikongsikan menerusi channel mereka, Perks yang dikenali dengan DIYPerks itu memberitahu, setiap komponen pada telefon boleh berfungsi sempurna.

"Ia termasuklah kamera, skrin, pembesar suara dan butang setiap ikon,” katanya yang mempunyai pengikut seramai 4.61 juta di Youtube.

Rekod peribadi

Maini atau dikenali dengan Mrwhosetheboss berkata, sudah menjadi impiannya untuk mencipta rekod peribadi dan mengabdikan nama dalam Rekod Dunia Guiness.

"Masa meningkat remaja, saya akan menghilangkan diri di perpustakaan berjam-jam lamanya untuk membaca rekod dunia dan saya mahu ia menjadi kenyataan.

#keguguran #berpantang #kieda #sinarplus #lifestylesinarharian

"Saya sangat bangga dengan pasukan kami kerana berjaya melakukan apa yang tak pernah dibuat orang sebelum ini,” katanya yang memiliki 19.4 juta pengikut di Youtube.

Pencipta kandungan teknologi British itu bergandingan dengan pakar pembinaan alat terkemuka semata-mata mahu mencipta replika telefon pintar terbesar di dunia.

Sebelum ini, Maini yang mula terkenal dengan konten berkaitan teknologi dan gajet sejak tahun 2011 itu mencipta kandungan iPhone gergasi bagi meraikan pelanggan Apple di channel Youtube miliknya.

Asalnya, beliau hanya mencipta alat buatan sendiri versi super atau konsol miniatur yang diminta pengikutnya sebelum memasarkannya secara komersial.

Wow! Memang hebatkan? Konten yang berguna yang boleh memberi inspirasi kepada anak muda untuk lebih menerokai ilmu teknologi dan gajet.

Tak mustahil, anak bangsa kita boleh cipta telefon pintar sendiri tanpa perlu bergantung dengan jenama luar. Betul tak?