THE Guinness World Records antara pengiktirafan dunia yang menobatkan mana-mana individu, haiwan atau inovasi yang berjaya mencipta sesuatu yang rare.
Saban tahun, pasti ada jer aksi paling pelik dan tak masuk akal direkodkan dalam laporan tersebut sebagai pencapaian global.
Lapor New York Post, platform tersebut menyenaraikan lima aksi paling ganjil pada tahun ini sempena ulang tahun ke-70 yang dimuatkan dalam edisi 2025 terbaharu.
Mungkin ramai tak tahu, antara rekod yang paling mencuri perhatian ialah kisah seorang remaja yang memiliki kaki dan tangan paling jumbo di dunia.
Jom tonton dalam musim baharu"Borak Bibir Merah Eksklusif Rozita Che Wan”
Tak cukup dengan itu, si obses mallow squish yang mempunyai hobi aneh hingga sanggup kumpul patung menggunung di dalam rumah dan beberapa trick lain.
Berikut perincian kisah mereka yang boleh buat kalian terkesima:
1. Remaja gergasi
- Kenali Eric Kilburn Jr. yang berusia 16 tahun mempunyai saiz tapak tangan dan kaki paling besar sehingga susah nak cari kasut yang sesuai dengannya.
- Lazimnya, saiz normal remaja paling besar pun 12, namun budak lelaki dari Michigan itu perlu memakai saiz 23.
- Selain itu, beliau juga mempunyai ukuran badan seperti dewasa sehingga paling besar dan tertinggi di kelas.
2. Paw-some paling pantas
- Kisah dua ekor anjing, Bonnie dan Simba yang berjaya memecahkan rekod paw-some paling pantas di dunia.
-Haiwan peliharaan dari United Kingdom itu merekodkan masa 10 lompatan selama 16.78 saat.
-Selain itu, anjing-anjing tersebut bijak memasukkan botol dalam tong kitar semula dan memasukkan syiling ke dalam bekas paling laju.
3. Koleksi squish mallow terbesar
- Taasub dengan anak patung membuatkan Sabrina Dausman, 27, memiliki koleksi squish mallow terbesar di dunia.
- Kegilaan beliau terhadap mainan mewah itu bermula pada tahun 2018 apabila teruja dengan koleksi Fern the Valentine's Fox.
- Sejak itu, wanita dari Illinois terus mengumpul objek tersebut sehingga penuh satu rumah.
4. Angkat berat OKU
- Meski hanya berkerusi roda, namun pemuda dari Syria berjaya memecahkan rekod dunia dengan ulangan angkat berat.
- Adnan Almousa Alfermli, 25, berjaya mencipta sejarah dengan mengangkat sebanyak 32.6 kilogram hanya dari kerusi rodanya.
5. Helah papan laju
- Untuk selesaikan 540 cabaran backside trick dalam masa satu minit, Ema Kawakami, 9, berjaya meraih rekod 13 aksi dalam tempoh tersebut.
- Pemain papan laju dari Jepun itu berjaya mencipta sejarah baharu dalam permainan tersebut pada usia masih muda.
- Aksi yang berjaya dilakukan sebelum ini agak sukar untuk disempurnakan mana-mana pemain dan Kawakami antara pemain termuda.
Untuk rekod, The Guinness World Records edisi 2025 sudah dikeluarkan pada 12 September lalu dengan senarai panjang pencapaian seluruh dunia.
Menurut pengarang bukunya, Craig Glenday, setiap tahun, hampir 30,000 permohonan diterima untuk dimasukkan ke dalam rekod bersejarah tersebut.
"Pihak kami perlu menyemak kesahihan rekod yang dimohon dan hasilnya, ia buku yang padat dengan ribuan fakta dan pencapaian hebat untuk dikongsi bersama,” katanya.