REMAJA yang tular kehilangan sekeluarga dalam kemalangan maut, Abdul Rahman Amir Ruddin, 20, kini melanjutkan pelajaran institusi pengajian tinggi (IPT).
Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu saudara di laman sosial, Abdul Rahman yang dilihat menjinjit beg berisi kelengkapan asrama di kolej kediaman Universiti Islam Selangor (UIS) tanpa kehadiran ahli keluarga kandung.
Tidak ketinggalan mereka rasa sebak melihat Abdur Rahman melangkah masuk ke asrama tanpa kehadiran keluarga kandungnya di sisi.
Menerima 21,000 tontonan dalam masa sembilan jam, menerusi video tular berdurasi 41 saat itu warganet mendoakan kejayaan Abdul Rahman.
Ujar mereka:
"Alhamdulillah. Kejar cita-citamu Aman. Semoga perolehi segulung ijazah."
"Rasa sebak pula, melangkah sendirian. Biarpun ditemani ibu saudara dan terpisah sementara pulak dengan Dollah. Tahniah Aman, semoga di permudahkan pembelajaran di UIS."
"Selamat menuntut ilmu Aman. Semoga mendapat Anugerah Dekan setiap semester."
"Selamat melangkah ke alam kampus.Semoga Aman dikelilingi rakan-rakan yang positif dan cepat adaptasi dengan campus life."
"Kuat semangat Aman! Jadi insan cemerlang. Tiba-tiba saya jadi sebak, macam anak sendiri masuk universiti."
"Semoga Aman dilindungi ALLAH selalu."
Aman terdahulu berkongsi gagal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti awam keputusan Unit Pengambilan Universiti (UPU).
Imbas kembali, Disember tahun lalu Malaysia dikejutkan kemalangan yang menimpa meragut nyawa enam sekeluarga iaitu bapa Amir Ruddin Ismail, 46; ibu, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Artikel berkaitan:
Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah
Al-Quran milik adik perempuan dipulangkan kepada Abdul Rahman, selitan nota ibu buat ramai sebak
Bagaimanapun, hanya seorang adiknya iaitu Abdullah,16, terselamat. Pada hari kejadian Abdul Rahman tidak bersama keluarganya kerana ada urusan lain.
Enam sekeluarga yang menaiki Perodua Alza itu dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Abdullah yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, usus dan paru-paru hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital kini sihat sepenuhnya.