Wajah mayat budak perempuan dibalut pita pelekat, Aqilatunnisa Prisca Herlan dipercayai dibunuh peminjam hutang

Iklan

SEORANG kanak-kanak perempuan ditemukan tidak bernyawa di persisiran Pantai Cihara Lebak.

Mangsa yang dikenali sebagai Aqilatunnisa Prisca Herlan dijumpai terbaring dengan wajahnya ditutup dengan pita pelekat berwarna hitam.

Iklan
Iklan

Ketika mayat kanak-kanak berusia empat tahun itu dijumpai, sebahagian badan mangsa dipenuhi kesan lebam termasuk pada tangannya.

Kanak-kanak dengan ketinggian lebih kurang 100cm itu dikatakan hilang pada 17 September iaitu dua hari sebelum penemuan mangsa.

Iklan

Sebelum Aqilatunnisa dilaporkan hilang, kanak-kanak perempuan itu ditinggalkan oleh ibunya dengan keadaan rumah berkunci untuk berjumpa dengan suaminya.

Iklan

Ibu mangsa yang sedang sarat mengandung memberitahu, anaknya itu sedang bermain dan melukis di dalam bilik ketika beliau keluar berjumpa ayah mangsa.

Sampai di rumah, mangsa dikatakan tiada di dalam bilik dan kali terakhir kanak-kanak itu terlihat memakai baju lengan pendek berwarna biru.

Kematian kanak-kanak itu turut dikaitkan dengan masalah hutang yang dipercayai berkenaan pinjaman telefon bimbit dari pelanggan syarikat ayahnya.

Ayah mangsa dikatakan bekerja di syarikat pinjaman wang dan melakukan tugas-tugas menuntut hutang dari peminjam di syarikat berkenaan.

Suspek yang juga peminjam bertindak menculik kanak-kanak itu selepas berasa benggang kerana dikejar dan dipaksa membayar hutang pinjamannya.

Beberapa bulan sebelum mangsa hilang, keluarga mangsa turut menerima pesanan berbentuk ugutan dengan mengancam keselamatan keluarga itu melalui aplikasi WhatsApp.