Dai Syed dilepas sementara selepas 21 hari dipenjara

Iklan

SELEPAS 21 hari meringkuk di Penjara Kajang kerana merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu, pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Hakim, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed Shah Iqmal, 29, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, hingga rayuan didengar dan diputuskan.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pendakwah selebriiti itu dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini susulan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Iklan

Ketika itu, isterinya Hana Ismail, 38, baru sahaja 16 hari melahirkan anak sulung mereka.

Sumber: Sinar Harian

Iklan