Kejamnya! Wanita dikerat lebih 30 bahagian sebelum disumbat dalam peti sejuk. Ini kronologi kejadian tragis

Iklan

SANGAT kejam dan tak berperikemanusiaan! Insiden tragis yang menimpa seorang wanita malang di Malleswaram, Bengaluru, India menggemparkan ramai orang.

Mana tidaknya, mayat mangsa dikerat hingga lebih 30 bahagian dan disumbatkan di dalam peti sejuk di sebuah apartment dipercayai didiami wanita tersebut.

Iklan
Iklan

Lapor News 18, mangsa yang dikenali dengan nama H Mahalakshmi Das yang berusia 29 tahun itu dikatakan tinggal seorang diri di apartment satu bilik tidur berkenaan.

Meski motif pembunuhan masih lagi kabur, namun pihak polis mengesyaki kejadian itu berlaku kira-kira seminggu lalu selepas meneliti keadaan mangsa.

Iklan

Menurut laporan polis, wanita itu berasal dari Bihar dan dikatakan berpindah ke kawasan perumahan itu kira-kira lima bulan lalu.

Nak dijadikan cerita, bau busuk yang mengganggu penduduk setempat mendorong pembongkaran mayat tersebut.

Iklan

Akibat aduan bau busuk dan gagal menghubungi mangsa, pemilik bangunan kemudian menghubungi keluarga mangsa.

Berikut kronologi tragis kejadian terbabit:

1. Sebelum berjaya masuk, mereka mendapati pintu depan terkunci dari luar dan melihat serangga penuh dalam rumah.

2. Famili mangsa yang berjaya memecah pintu utama rumah itu terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan menakutkan di dalam peti sejuk.

3. Penemuan mayat tersebut kemudian dibawa ke balai polis untuk disiasat punca kematian.

4. Skuad anjing dan pakar forensik dibawa ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

5. Identiti mangsa sudah dikenal pasti dan menetap di Karnataka namun berasal dari negeri lain.

6. Perempuan tersebut dipercayai sudah berkahwin, bagaimanapun tinggal berasingan dengan suaminya kerana sering bertengkar.

7. Mangsa dikatakan tinggal di kawasan tersebut selepas bercerai dan bekerja di sebuah kilang pakaian berdekatan.

8. Hasil siasatan awal mendapati, wanita itu sudah tidak datang kerja sejak dua minggu lalu.

9. Suami mangsa berasal dari Nepal dan bekerja di sebuah kuil di luar bandar.

10. Sebaik dihubungi berkenaan kejadian tersebut, suami mangsa tiba di lokasi.

11. Beberapa jiran melihat seorang lelaki kerap mengambil dan menurunkan Mahalakshmi dari kerjanya.

12. Sepupunya, Sunil, juga menyatakan bahawa dia tidak banyak berinteraksi dengannya.

13. Polis mengesyaki pembunuh itu dikenali mangsa kerana barang berharga di rumahnya tidak diambil sekali gus menunjukkan motifnya bukan kes rompakan.

Rasanya sampai sekarang siasatan masih dijalankan dan diharapkan pelaku dapat diberkas dihadapkan ke muka pengadilan.

Moga kejadian sama tak berlakulah di Malaysia. Hati-hati ladies semua!