Resort World Genting pikat selera pengunjung dengan pengalaman gastronomi berasaskan tumbuhan unik

Iklan

NEGARA kita sememangnya terkenal sebagai syurga makanan. Kepelbagaian menu yang ditawarkan menawarkan landskap masakan yang kaya dengan kepelbagaian rasa.

Bagi anda pencinta hidangan berasaskan vegetarian, SinarPlus kongsikan beberapa hidangan yang yang menarik dengan gabungan sempurna antara kesihatan dan rasa yang memikat.

Tarikan menu istimewa tersebut anda boleh peroleh tatkala berkunjung ke Resorts World Genting (RWG) yang tampil dengan varaisi menu berasaskan tumbuhan yang kini boleh dinikmati di semua outlet makanannya.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, ia sebagai salah satu usaha yang mencerminkan komitmen mereka terhadap pemakanan lestari, dengan menawarkan pelanggan pilihan yang lazat sambil merayakan keunikan rasa serta kepelbagaian bahan berasaskan tumbuhan.

Bukan itu sahaja, RWG turut melangkah ke arah pengalaman kulinari yang lestari apabila diraikan dalam satu Majlis Perasmian Ekspo Genting Sustainbiz F&B 2024 yang diketuai oleh pasukan Eksekutif Superchef yang terdiri daripada tujuh chef hebat iaitu Chef Tan Hang, Muhamad Muhader Bin Wahi Anour (Aidil), Lee Kee Sin, Murugan A/L Subramaniam, Lim Khon Seng (Casey), Low Lam Chong, dan Yap Sak Choong (Jacky).

Iklan

Nikmati hidangan tempatan berasaskan tumbuhan seperti Nasi Lemak dan Bee Hoon di The Bakery, yang terletak di tingkat lobi Genting Grand.

Sementara itu, buat pengunjung Genting SkyWorlds Theme Park, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan khas berasaskan tumbuhan di Buck’s Café seperti Nasi Goreng Thai dan Roti Sandwich Telur dengan patty berasaskan tumbuhan.

Iklan

Bagi pengalaman cita rasa Barat yang memuaskan, nikmati pilihan berasaskan tumbuhan seperti Spaghetti Aglio Olio dan Salad dengan Sos Mustard Madu.

Selain itu, pelbagai hidangan berasaskan tumbuhan yang memikat selera kini boleh di dapati di outlet-outlet lain di seluruh resort, termasuk Season, Burger & Lobster, High Line, Jom Makan Street Food, dan banyak lagi. Setiap lokasi berkenaan menawarkan pilihan hidangan berasaskan tumbuhan yang unik dan menarik.