'Bertambah seorang lagi keeper mama papa.' Eyra Hazali kongsi berita, selamat timang anak ketiga

Iklan

PELAKON, Eyra Hazali selamat menimang cahaya mata ketiga.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi media sosial miliknya.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran tersebut, Eyra memberitahu bayinya itu seakan tidak sabar melihat dunia apabila lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Iklan

Dalam hantaran itu, beliau memuat naik gambar suaminya, Haziq Nazli mendukung bayi ketiga mereka.

Dalam hantaran berbeza, beliau melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa orang ramai.

Iklan

Pada masa sama, isteri kesayangan Haziq Nazli itu memberi bayangan seorang lagi ‘keeper’ dilahirkan dalam keluarganya.

"Masya-ALLAH Tabarakallah

"Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT, seorang lagi keeper Mama Papa lahir pada 26 September tepat pada pukul 5.43 petang.

"Thank you so much everyone for all the wishes," jelasnya.