Berang tak cukup duit, ibu pukul anak sambil ‘video call’ bekas suami di Malaysia

Iklan

SEORANG ibu hilang pertimbangan apabila didakwa memukul dan menganiaya tiga orang anaknya di rumah sewa mereka dekat Sumatera Barat baru-baru ini.

Menerusi video yang tular, wanita berkenaan memarahi anak kandungnya sambil membuat panggilan video kepada bekas suami yang kini berada di Malaysia.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, ibu kepada lima orang anak itu kemudian menendang kepala salah seorang anak kandungnya sehingga menangis kesakitan.

Bahkan, wanita yang bekerja sebagai penjual dalam talian itu terus menerus memukul ketiga-tiga anaknya sehingga berdarah semata-mata mengugut bekas suami.

Iklan

"Aku takkan berhenti selagi anak-anak kau tak berdarah," ugutnya lagi.

Menerusi laporan media tempatan, wanita berkenaan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sedang mengalami masalah kewangan.

Iklan

Difahamkan, dua orang anaknya yang berusia sekitar 14 tahun telah dihantar ke rumah anak-anak yatim.

Manakala, tiga orang anaknya yang masih kecil kini tinggal bersama di rumah sewa sekitar Pasar Ambacang, Kota Padang.

Sebelum kejadian, berlaku perbalahan mulut antara wanita berkenaan dan bekas suaminya yang juga warganegara Bangladesh.

Wanita tersebut meminta kepada bekas suaminya untuk mengirimkan wang yang dipercayai untuk perbelanjaan harian tetapi tidak diendahkan.

"Aku sudah cakap dekat kau, aku tengah tak ada duit, tapi itu pun kau tak faham dan pukul anak-anak.

Dalam video lain, bekas suaminya dikatakan mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mengirimkan lebihan duit kepada bekas isterinya selepas merasakan wanita tersebut sedang menipu.

"Bapa bukan tidak ada bagi duit kepada dia tau, tapi dia tipu-tipu ambil duit dari aku.

"Dia (isteri) kata nak beli beras, tapi dia tak beli,”tambahnya.