TULAR di media sosial seorang kanak-kanak lelaki sedang dimandikan oleh seorang wanita yang dipercayai neneknya sambil meronta-ronta kesakitan.
Kanak-kanak lelaki yang juga pelajar di salah sebuah sekolah pondok di Aceh Barat seperti cacing kepanasan lalu terjun ke dalam kolah air di sebelahnya.
Pelajar yang berusia 15 tahun itu sedang menahan pijar seluruh badan akibat disiram dengan air rendaman cili oleh isteri kepada pengetua sekolah pondok berkenaan.
Dalam video tular, nenek mangsa berusaha membilas badan cucunya dengan menggunakan sabun.
Namun, usaha itu tidak berhasil apabila ‘kepanasan’ di badan cucunya langsung tidak mereda.
Sebelum kejadian, mangsa diketahui melanggar peraturan sekolah kerana merokok di asrama.
Penganiayaan terhadap pelajar lelaki itu tidak terhenti, apabila suspek turut didakwa mengunting rambut mangsa sehingga botak.
Kejadian yang berlaku pada Selasa lalu berjaya dikesan pihak polis dengan penahanan suspek yang dikenali sebagai NN.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Aceh Barat, Inspektor Fachmi Suciandy berkata suspek bertindak luar kawalan dan menganggap tindakannya sebagai bentuk hukuman dan pengajaran kepada pelajar semata-mata.