Rumah berhantu di England dijual RM1.4 juta, ini lagi 4 hartanah menyeramkan jadi list popular di dunia

Iklan

PERCAYA atau tidak, sebuah banglo yang didakwa berhantu di London, England kini dibuka untuk jualan kepada orang ramai pada harga bermula RM1.4 juta.

Lapor The Sun UK, kediaman yang dibeli Vanessa Mitchell itu dikatakan menjadi perhatian umum kerana memiliki sejarah yang luar biasa dan supernatural.

Iklan
Iklan

Nak dijadikan cerita, rumah yang menerima jolokan The Cage yang terletak di Kampung St. Osyth, Essex tersebut dikatakan pernah menjadi penjara kepada seorang ahli sihir.

Iklan

Kalau mengikut cerita orang kampung, ahli sihir bernama Ursula Kemp ditempatkan di kediaman tersebut sebelum dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 1582.

Kemp dituduh kononnya menggunakan sihir untuk membunuh dan menyebarkan penyakit kepada jiran setempat.

Iklan

Lagi menyeramkan, Mitchell sendiri pernah dihantui beberapa insiden menakutkan selepas diganggu secara fizikal dan mental selepas berpindah ke sana pada tahun 2005.

Antara gangguan yang dialami seperti melihat tompok-tompok darah yang tiba-tiba muncul pada dinding rumah.

Tak cukup dengan itu, Mitchell mengakui dirinya pernah ditolak beberapa kali ketika hamil oleh entiti tak kelihatan, sekali gus meninggalkan trauma.

Memetik kata bekas pemilik itu, gangguan tersebut boleh menyebabkan seseorang menjadi gila dan tak keruan sehingga mahu lari dari rumah hantu terbabit.

"Apa yang membuatkan saya trauma dan tertekan, gangguan itu tak berhenti, malah semakin teruk,” katanya.

Dek tak tahan terus diganggu sehingga nyawanya terancam, wanita malang terbabit kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual hartanah berkenaan pada tahun 2020.

Destinasi percutian

Perkembangan terkini, The Cage tersebut sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian sebelum dijual kepada pemilik yang lain.

Selain memiliki dua bilik tidur, ia juga mempunyai kemudahan bilik mandi dan dua tandas, selain ruang tamu dan dapur.

Pemilik baharu dikatakan ingin menjual rumah tersebut yang diubah suai menjadi penginapan untuk percutian dan menjanjikan pulangan pelaburan yang menguntungkan.

Jika benar ia dijadikan destinasi percutian penuh misteri dan menakutkan, adakah akan ada orang yang berani untuk tinggal bermalam di sana?

Selain The Cage yang menjadi bualan hangat, berikut SinarPlus senaraikan empat lagi rumah berhantu yang dibuka kepada umum:

1. Lawang Sewu, Indonesia

- Lawang Sewu merupakan ibu pejabat Syarikat Kereta Api Hindia Timur Belanda pada tahun 1919 hingga 1942 sebelum diserahkan kepada penjajah Jepun pada perang Dunia ke-2.

- Dikatakan bangunan paling berhantu di Indonesia dengan ruang bawah tanah yang menyeramkan.

2. Lizzie Borden House, Amerika Syarikat

- Rumah Lizzie Borden menjadi kediaman paling berhantu di negara Uncle Sam tersebut selepas pembunuhan kejam melibatkan dua nyawa.

- Lizzie yang disyaki membunuh bapa dan ibu tiri menggunakan kapak bagaimanapun dibebaskan kerana tiadak bukti kukuh.

- Kediaman dua tingkat tersebut menjadi muzium dan penginapan bagi mereka yang mahu merasai pengalaman gangguan misteri tengah malam.

3. Hotel Fairmont Banff Springs, Kanada

- Hanya untuk mereka yang berjiwa kental dan berani saja boleh menginap di Hotel Fairmont Banff Springs yang terkenal dengan kisah mistik.

- Dibina pada akhir abad ke-19, hotel itu meninggalkan insiden menakutkan termasuk kelibat pengantin perempuan yang terbakar, bilik rahsia dan banyak lagi.

4. Istana Edinburgh, Scotland

- Sehingga kini, siri gangguan menakutkan di Istana Edinburgh, Scotland masih tidak dapat dijelaskan.

- Penampakan sosok menangis, muzik misteri dan kisah banduan yang cuba melarikan diri namun tidak berjaya sebelum dihumban ke ruang bawah tanah antara kisah popular yang dikongsi pengunjung.

Jom tonton musim baharu"Borak Bibir Merah Eksklusif Rozita Che Wan”

Boleh dikatakan hartanah yang mempunyai sejarah mistik, kejadian kemalangan kejam dan rumah pembunuh dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancong di luar negara.

Apa yang pelik, ada pula yang sanggup bayar mahal semata-mata mahu merasai pengalaman diganggu entiti. Lain macam selera mereka ya?