Beauty with brains! Tamat pengajian cemerlang, isteri Fizo Omar kini bergelar pensyarah

Iklan

INSPIRASI betul! Biarpun bergelar ibu kepada tiga cahaya mata, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang.

Iklan
Iklan

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Fazeera atau lebih mesra disapa Faz, berkongsi keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) yang diraihnya sepanjang melanjutkan pengajian.

Anak kelahiran Kuching itu sempat berkongsi menyambung pelajaran ke peringkat ijazah idak pernah terlintas dalam fikiran.

Iklan

Sementelah, wanita jelita berusia 27 tahun ini ketika itu sudah mempunyai kerjaya pramugari.

Iklan

"Faz sambung ijazah agak lewat, pada usia 25 tahun kerana dahulu ketika 20 tahun sudah melakar kenangan di awan biru.

"Namun, Covid-19 telah melanda seluruh dunia sehingga ramai yang terkesan termasuk saya.

"Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai dan alpa dengan gaji lima angka.

"Breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat.

"Shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 Julai 2020," katanya.

Artikel berkaitan:

Fizo Omar tamatkan zaman duda, selamat berkahwin bekas pramugari

Bakal timang anak ketiga, Fizo bersyukur rezeki semakin murah

Si comel berlesung pipit pelengkap cinta Fizo & isteri, Wan Umaira 'kembar tahun' Wan Khaleeda

Kata Faz, Covid-19 benar-benar mengubah paradigma dan keazamannya untuk menyambung pelajaran.

"Pada tarikh keramat itu, Faz menerima surat pemberhentian kontrak kerana situasi Covid-19 yang kian mencabar. Selama enam bulan Faz terkandas di Doha tanpa keluarga tercinta disisi.

"Balik sahaja di Malaysia dua bulan kemurungan. Faz tanya pada diri"sampai bila macam ini?”

"Faz memilih untuk menyambung pelajaran secara dalam talian sambil bekerja sebagai Customer Service Representative," dedahnya.

Seiring masa berlalu, jurulatih etiket profesional itu bertemu jodoh dengan Fizo dan terus memulakan keluarga. Namun ia tidak melunturkan semangat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tambah Faz, beliau bersyukur segala usaha, ujian dan rintangan yang dilalui olehnya sepanjang tempoh pembelajaran itu membuahkan hasil. Malah dalam kepayahan dihadapi, beliau sempat merangkul anugerah dekan.

Jelas Faz, kini beliau sudah menjadi pensyarah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di University College of Aviation Malaysia.

"Alhamdulillah juga sekarang Faz sudah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta. Insya-ALLAH tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat sarjana pula.

"Kalaulah Faz tahu empat tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan menghadapinya dengan tenang," katanya

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan berterima kasih kepada seluruh ahli keluarganya termasuk suami tercinta, mentua dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

Sekadar info, Fizo, 38, dan Fazeera diijabkabulkan pada Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan, Umaira, 1.

Fizo memilliki seorang anak perempuan, Wan Maryam, 6, daripada perkahwinan pertama.