SEORANG remaja perempuan tular di media sosial selepas didakwa menjadi mangsa rogol oleh ayah kandungnya.
Menerusi perkongsian video yang tular, mangsa dipaksa oleh orang tuanya untuk melakukan hubungan intim namun sempat ditolak.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan kembali mendatangi anaknya dan bertindak lebih agresif dengan menolak anak perempuannya di atas tilam.
Namun siapa sangka, aktiviti tidak berperikemanusiaan itu sebenarnya terpaksa dirakam mangsa sebagai bukti untuk melaporkan aktiviti bapanya yang juga seorang panderi agama Hindu.
Tindakan berani remaja berkenaan dipercayai bertujuan untuk menamatkan episod hitam dalam hidupnya.
Seorang anak perempuan yang mengharapkan perlindungan daripada seorang ayah bagaimanapun terpaksa menjadi pemuas nafsu serakah ayahnya sejak tiga tahun yang lalu.
Tanpa maklumat lanjut berkenaan kes tersebut, warga maya dikatakan tidak dapat membayangkan keperitan yang dilalui mangsa sehingga rela merakam video diri sendiri sebagai bukti.
Warga maya turut mendakwa kejadian haruan makan anak sering berlaku di negara India sehingga sukar untuk mengawalnya.
Sumber: Crime Reports India