Pelajar Malaysia sumbat anak dalam kotak bijirin, simpan dalam beg elak rakan serumah tahu

Iklan

SUNGGUH menyedihkan, masyarakat kini seakan hilang arah. Manakan tidak, ada yang sanggup memperlakukan zuriat sendiri dengan begitu kejam.

Baru-baru ini Mahkamah Mahkota Warwick di Cobventry, United Kingdom (UK) membuat keputusan untuk mengenakan sabitan membunuh terhadap seorang wanita warga Malaysia, Jia Xin Teo.

Iklan
Iklan

Rupa-rupanya, Xin Teo menyembunyikan bayi yang dilahirkannya dalam kotak bijirin, malah meletakkannya dalam beg pakaian. Mengapa dia sanggup melakukan perkara sekejam ini?

Pada awalnya, Xin Teo mengembara dari Malaysia dengan harapan untuk menuntut ilmu di Universiti Coventry. Tetapi takdir berkata sebaliknya apabila dia melahirkan anak di rumah pada 4 Mac lalu.

Iklan

Akibat daripada itu, wanita yang berusia 22 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan dan memilih untuk menyembunyikan kehadiran bayi itu, sehingga rakan serumahnya langsung tidak menyedari apa yang berlaku.

Sehari selepas melahirkan, Xin Teo masih berusaha untuk menyembunyikan kebenaran ketika mendapatkan rawatan di hospital. Dia bimbang rahsia yang disimpan lebih sembilan bulan itu terbongkar begitu sahaja.

Iklan

Tetapi kebijaksanaan doktor di hospital membawa kepada penemuan yang mengejutkan. Setelah disoal siasat, barulah Xin Teo mengaku dengan menunjukkan lokasi di mana anaknya disimpan.

Semasa perbicaraan, Xin Teo mendakwa bahawa dia mendengar suara ganjil yang mendorongnya untuk mencederakan bayi tersebut.

Namun, rayuannya tidak mendapat perhatian hakim, sementelah fakta-fakta kes membuktikan Xin Teo sememangnya bersalah.

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) mengesahkan bahawa tindakan Xin Teo adalah sesuatu yang disengajakan. Malah, bayi itu dilahirkan dalam keadaan hidup! Malang sekali apabila perbuatan kejam itu mengakibatkan kematian bayi yang tidak berdosa.

Ini bukan sekadar kes malang, tetapi simbol betapa kurangnya nilai kemanusiaan yang semakin pudar.

Sumber: BBC