SALING tak tumpah macam kantung telur makhluk asing gergasi dalam filem fiksyen seram luar negara, Alien Vs Predator!
Penemuan objek aneh di sebuah terusan di Utrecht, Holland baru-baru ini membuatkan ramai tertanya-tanya.
Mana tidaknya, gumpalan bercahaya berwarna oren itu boleh dikatakan cukup misteri apabila ditemui melekat di dasar pulau terapung di sungai berkenaan.
Lapor New York Post, sekumpulan sukarelawan yang terperanjat dengan penemuan kantung berlendir itu kemudian menghubungi pakar ekologi tempatan.
Sekelip mata, sekarung telur 'dinosaur' sepanjang 2.1 meter itu yang ditarik keluar dari sungai menjadi sensasi di media sosial.
Memetik media tempatan, entiti rare itu merupakan koloni bryozoa yang berkumpul menjadi satu kantung menyerupai pod telur gergasi.
Ia dikatakan berasal dari Pantai Timur Amerika Syarikat.
Bryozoans ialah haiwan invertebrata yang dikenali dengan nama saintifiknya, zooid yang mempunyai kedua-dua organ seks lelaki dan wanita.
Segmen 1
Kelebihan itu membolehkan unit multisel itu mengklon sendiri dan setakat ini, hampir 6,000 spesies makhluk yang sama direkodkan.
Sekantung pod telur boleh membesar dengan ukuran diameter hingga lebih 2 meter dan melekat pada sesuatu untuk terus hidup.
Bagaimanapun, pakar memaklumkan fenomena itu tidak mengganggu ekosistem sungai dan tidak memberi bahaya kepada manusia.
Sebelum ini pun, pernah dilaporkan penemuan lebih kurang sama di Jerman pada tahun 1883.
Satu gugusan telur yang berbentuk serupa juga dikesan di Oklahoma, sekali gus mencetuskan teori konspirasi pod telur asing yang mencurigakan.
Sejak tahun 1990, dikatakan kemunculan telur asing tersebut di seluruh Eropah Barat dan ia dikatakan membiak dengan cepat.
Meski makhluk hermafrodit itu bukannya berasal dari Utrecht, namun ia dikembalikan semula di tempat asal.
Pelik tapi benar, kan? Kemunculan telur pelik itu sedikit sebanyak buat ramai kaget.
Apa tidaknya, risaulah ada makhluk lain yang muncul dan membiak tanpa kita sedari. Apapun, sudah disahkan ia tak merbahaya kepada manusia. Okeylah kan?