PELIK bin ajaib betul! Bukan satu tapi 56 benda asing ditemui dalam perut seorang remaja di India sehingga mencemaskan ramai pihak.
Mana tidaknya, item rare seperti bateri jam, paku, pisau cukur dan banyak objek logam lain jelas terpampang dalam mesin imbasan sinar X.
Lapor India TV News, remaja lelaki berusia 15 tahun itu pada awalnya mengadu sakit perut sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.
Nak dijadikan cerita, hospital pertama di Hathras menolak kes tersebut ke sebuah hospital di Jaipur disebabkan masalah pernafasan dan sakit perut yang kronik.
Meski sudah menerima rawatan awal, namun simptomnya kembali sehingga menyebabkan keadaan Aditya Sharma semakin buruk.
Dari Jaipur, keluarga remaja itu kemudian membawanya ke Aligarh untuk prosedur pembedahan untuk saluran pernafasan.
Bagaimanapun, keputusan ultrasound selepas pembedahan itu menunjukkan lebih kurang 19 objek dalam dalam Aditya.
Mahu tak mahu, famili malang itu kemudian membawa budak lelaki itu ke hospital lebih maju di Noida.
BORAK NO LIMIT
Memetik kenyataan bapa mangsa, Sanchit Sharma, hasil pemeriksaan menunjukkan 56 objek dalam perut anaknya sebelum dikejarkan ke Hospital Safdarjung di Delhi.
Demi menyelamatkan nyawa pesakit, satu pembedahan mengejut terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan kesemua objek tak masuk akal tersebut.
Cuba yang terbaik
Menurut Sanchit, Aditya yang merupakan satu-satunya anak lelakinya itu bagaimanapun meninggal dunia sehari selepas pembedahan.
Itu disebabkan komplikasi dalaman dengan penurunan tekanan darah kritikal.
Meski doktor berjaya keluarkan benda asing dalam perut, namun anaknya tidak dapat diselamatkan.
Menurut lelaki itu lagi, kes anaknya membuatkan pasukan perubatan terkejut besar dan masih bingung bagaimana objek tersebut boleh berada dalam perut mangsa.
Lagi membuatkan mereka buntu, tiada tanda luka pada mulut atau tekak yang menunjukkan remaja itu menelan barang secara paksa atau tidak sengaja.
Sehingga kini, pakar perubatan di sana masih belum menemui jawapan mengenai kes mengerikan tersebut.