Suami kantoi bawa skandal tonton konsert, isteri terjah depan mata. Jangan buat main instinct wanita!

Iklan

KALAU dapat peluang tonton konsert artis popular bersama kawan-kawan, memang boleh senyum sampai ke telingalah.

Apatah lagi, penyanyi kegemaran buat persembahan dekat dengan kawasan rumah, confirm kita sanggup ambil cuti atau kosongkan jadual demi idola tersayang.

Iklan
Iklan

Begitulah keadaan seorang wanita di Pemalang, Jawa Tengah, Indonesia apabila dapat tiket untuk konsert pemuzik terkenal Yogyakarta, NDX A.K.A.

Teruja mahu bertemu dengan Yonanda Frisna Damara dan Fajar Ari, tapi lain pula ceritanya apabila terserempak dengan suami bersama skandal depan mata.

Iklan

Ya! Depan mata wanita itu melihat suaminya membonceng ‘kekasih’ yang dikatakan sama-sama hadir ke konsert tersebut untuk berlibur.

Iklan

Lapor Wolipop Detik.Com, video pendek yang dikongsikan wanita malang itu menjadi viral di media sosial apabila ramai bengang dengan tindakan lelaki yang tergamak berlaku curang terang-terangan.

"Nonton NDX sama suami

Nonton NDX ketemu suami sama selingkuhannya," tulis keterangan video TikTok @nidu0417.

Pemilik akaun tersebut, Nur Ikna Dwi Utami tak menyangka instinct sebagai seorang isteri sangat kuat.

Bahkan ia terbukti apabila si suami tergamak menipu yang kononnya tidak mahu ke konsert bersama atas alasan kerja.

Sebaliknya lelaki tersebut sanggup berfoya-foya dengan skandal dan kejadian itu disaksikan sendiri sepupu bersama suaminya.

#sinarplus #idzhamismail #sinarplus #lifestylesinarharian

Menurut perkongsian tersebut, Nur Ikna tak menyangka boleh terserempak dengan suaminya dalam ribuan pengunjung yang hadir ke konsert berkenaan.

Lagi buat sakit hati, si suami boleh buat muka tak bersalah dan tertawa apabila terkantoi curang dengan skandal yang juga pekerja kilang.

"Dalam hati memang sudah terdetik mungkin suami pergi dengan skandal sebab saya tahu dia curang, tapi bila tanya dia kata tak akan pergi atas alasan kerja,” katanya.

Namun ibu seorang anak itu kesal apabila suaminya sanggup menipu dan datang ke konsert yang sama tanpa sebarang rasa bersalah.

"Saya sempat ucap selamat kepada perosak keluarga kami kerana berjaya merebut suami daripada kami anak beranak,” ceritanya geram.

Nur Ikna dikatakan sudah bernikah dengan suaminya pada 16 Mei 2021 lalu dan dikurniakan seroang anak.

Video pendek yang dikongsikan di TikTok menerima lebih 762,000 tontonan dan lebih 2,590 komen pengikutnya.

Rata-rata mereka yang mengikuti wanita itu tumpang simpati dengan nasib malang menimpanya.

"Kalau jadi dekat aku, sudah panggil penonton lain suruh tonton mereka berdua." - @mbacilacap

"Lepaskanlah....biarkan suamimu senang. Cari suami yang dapat menghargai dan menyayangimu.”- @madampontir

"Suami macam ini memangnya lepas keluar minta izinnya bagaimana ya? Suami aku mahu keluar beli jajan pun mesti ajak.” - @hi

"Tak perlu cantik, yang penting apa guys???.” - @onlyone

"Padahal menonton NDX dilarang bawa haiwan.”- @difaaaaa

"Paling penting, harus viral ke jiran tetangga penyondol, tempat kerjanya. Harus satu kampung tahu.” - @tiktoker

Aduhai, mana tak sakit hati si isteri bila berdepan dengan situasi yang kalau boleh minta jauh-jauh.

Namun itulah bila ALLAH nak tunjuk depan mata, sekali zasss jer semuanya terbongkar. Moga wanita tersebut kuat menempuh dugaan.