Sharifah Shahirah bakal bergelar nenek, anak sulung menunggu hari melahirkan. 'Pesan nanti bersalin di Kuantan, IC 06'

Iklan

PEJAM celik, pelakon dan penyampai radio teruja Sharifah Shahirah bakal bergelar nenek tidak lama lagi.

Anak sulungnya, Allisya, 25, kini sedang hamil lapan bulan dan penyampai radio itu bakal menyambut cucu pertama pada 1 Januari 2025.

Iklan
Iklan

Kurang dua bulan menyambut orang baharu, Shahirah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, 50, berkongsi tips memudahkan kelahiran dan berpesan kepada agar Allisya bersalin di Kuantan, Pahang.

"Tipsnya adalah minta dia banyak bergerak seperti saya sebelum ini, sehari sebelum bersalin pun saya masih bekerja.

Iklan

"Selain itu, saya cakap yang dia kena beranak di Kuantan sebab nanti dalam kad pengenalan ditulis 06 (kod kelahiran di Pahang). Nanti bolehlah dapat banyak promosi. Selain itu, kita ikut sahaja ada aturan- NYA,” katanya.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata beliau sudah meminta supaya Allisya berehat dirumahnya.

Artikel penuh:

Iklan

"Saya mintanya berpantang dekat rumah tapi tidak tahulah macam mana nanti.

"Kalau saya jaga dia pantang, bolehlah saya pun sama makan makanan tersebut untuk jaga badan,” ujarnya yang akan menggunakan tip dan jamu yang diajar ibu mentuanya, Datin Maria Arshad.

Sekadar info, Allisya ialah anak Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Shiera kemudian berkahwin denganZulkifli Azhari atau Ijoy pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu AireIl, 19, Airra, 16, Audra, 14, dan Adeena,6.

Sumber: mStar